Menyerap Ilmu Yang Luas Ke Dalam Hati

Showing posts with label Tanah Airku. Show all posts
Showing posts with label Tanah Airku. Show all posts

4.1.15

50 Catitan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

05:23 Posted by Shichibukai Encraptor , , , , , No comments

syed-mokhtar1
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) bangsa lain tak mengapa tapi orang melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun . Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

syed mokhtar-GARDENIA5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,memang kena banyak sabar dan kuat berusaha .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke tokyo , new york dan london . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status,ada masa di atas ada masa di bawah.

syed-mokhtar-assets-121113

12. Ketika allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.rezeki itu bila-bila masa saja dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat cina turun ke bawah membantu. Orang cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.orang melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.sudahlah tak mahu berusaha,apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke alor star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama,bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.apa yang saya tidak tahu saya belajar minta tolong daripada orang lain.saya tidak malu . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.sikap pemalas dan pemalu ini orang melayu kena atasi .kita kena berani kerana benar . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

ts-syed-mokhtar

19.kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,kepada bangsa dan kepada orang ramai .saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya syed mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang melayu.di kampung orang melayu berpecah kerana politik,di bandar berpecah kerana wang .

23. Saya percaya kalau rezeki itu allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada rm10 juta atau rm20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

Syed Mokhtar ungkapan emas25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang rm100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggung jawab .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi bersama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke haatyai dan jadi nakal.saya manusia yang banyak buat kesilapan.tetapi saya insaf,beristighfar dan terus berjalan lagi . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula.saya percaya kepada keberkatan rezeki.hari ini kita tolong orang,esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, insya allah boleh maju.

34.kita jangan cepat putus asa.putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai mercedes tapi sekarang saya pakai proton perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.kejayaan dan kelemahan orang melayu bukan disebabkan oleh bangsa dan agama kita.tetapi ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir.gigih ,tekun dan tidak putus asa merupakan kunci kejayaan kita.sayangnya perkara ini kurang wujud dalam cara orang melayu berfikir .tan sri 2

39.tuhan memberi peluang kepada sesiapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.orang melayu sebenarnya kena bantu diri sendiri,kena bekerja keras dan fokus .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah.saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ni .saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.saya gembira dapat membantu.saya mahu orang lain merasai kesenangan apa yang pernah saya rasa.saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita sudah terlalu banyak ketinggalan.

24.12.14

Hang Tuah Orang Melayu Bukan Orang Cina

00:16 Posted by Shichibukai Encraptor , No comments

hangtuah0130
Sebut sahaja mengenai Hang Tuah, ramai puak Chauvinist dan Kiasu akan mula berdendang bahawa pahlawan Melayu ini merupakan bangsa cina. Mereka mempunyai hujah mereka untuk mengatakan bahawa Hang Tuah adalah daripada bangsa cina. Justeru artikel ini akan berbentuk Q&A, di mana setiap soalan akan direka berdasarkan hujah-hujah mereka


Soalan: Hang bukan nama biasa yang digunakan oleh orang Melayu. Hanya Hang Tuah lima bersaudara dalam sejarah yang bernama Hang. Nama bangsa Melayu tidak mempunyai nama keluarga. Kalau nama ayah akan dibinkan. Jadi tak logic kalau Hang Tuah, dan terdapat orang lain yang turut berkongsi nama Hang.
Jadi, nama Hang yang sebenarnya ialah Hang Too Ah. Nama Hnag Jebat ialah Hang Jew Fat. Nama Hang Lekir ialah Hang Liew Kier. Nama Lekiu ialah Hang Lee Kiew. Jadi, Hang itu ialah nama keluarga cina.

Jawapan HE: Hei, saya tahu anda yang cuna menulis sejarah Melayu ni tentu tak pernah bergaul dengan orang Melayu? Pandai-pandai jer buat kesimpulan macam tu. Pernah berkawan dengan orang Melayu tak? Kalau tak, meh sini saya ajar anda apa itu budaya Melayu.
Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Radeng ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.
Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudar ajuga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.


Soalan: Tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Hang Li Po. Jadi jelaslah bahawa Hang Tuah itu di bawa oleh Hang Li Po.

Jawapan HE: Benarkah sedemikian? Pernah baca Sulalatus Salihin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah.
Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, Kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.
Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil selepas mendapat perkenan juga merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.


Soalan: Tapi… ada orang cakap yang nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu, dan Lekir itu dicinakan. Tiada makna dalam bahasa Melayu. Betul ke?

Jawapan HE: Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.


Soalan: Tapi macam mana Puteri Hang Li Po boleh ada nama Hang?

Jawapan HE: Senang sahaja jawapan saya. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka. Pada asalnya nama Hang Li Po ialah nama puteri itu. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah.


Soalan: Ya, Hang Tuah bukan cina. Tapi, apa bukti Hang Tuah itu wujud?
Jawapan HE: Nama Hang Tuah disebut dalam naskah yang menjadi sumber utama Sejarah Melayu iaitu Sulalatus Salatin. Sebanyak 7 Bab diletakkan di dalam kitab sejarah Melayu ini. Kalau Hang Tuah ialah lagenda, kenapa sampai 7 Bab diperuntukkan untuk menceritakan mengenai Hang Tuah?
Juga Hikayat Hang Tuah turut menjadi sumber utama. Bagaimana kalian menolak Hikayat Hang Tuah walhal UNESCO sendiri mengiktiraf naskah sejarah ini sampai menjadikan salah satu daripada Warisan Dunia pada hari ini.

Jika anda menolak kewujudan Hang Tuah, sama juga seperti anda menolak kewujudan Melaka kerana sumber yang menceritakan mengenai Hang Tuah ialah Sulalaltus Salatin. Kalaulah watak Hang Tuah itu tidak wujud, masakan teks sejarah Melayu utama menyebut nama Hang Tuah lebih 170 kali.

Seterusnya, pernah dengar kisah Keris Taming Sari? Keris ini ialah keris yang dirampas oleh Hang Tuah ketika bertikam dengan pendekar daripada Majapahit. Katakanlah Hang Tuah tak wujud, masakan keris ini boleh berada dan menjadi salah satu daripada warisan Keslutanan Perak? Oh ya, Kesultanan Perak ialah salah satu daripada waris Kesultanan Melaka dulu.
Ada satu maklumat yang saya nak sebarkan, Sultan Perak akan mempersembahkan dan mempamerkan keris ini pada umum di Kuala Kangsar di galeri pada bulan ini. And aboleh tengok bukti utama bahawa Hang Tuah itu wujud.
-HE-

22.12.14

Kenapa Submarine (Kapal Selam) Scopene yang dibeli oleh Malaysia mahal??

23:12 Posted by Shichibukai Encraptor , No comments

Kenapa Submarine (Kapal Selam) Scopene yang dibeli oleh Malaysia mahal??

scopeneInilah pertanyaan yang kerap ditanya dan dipersoalkan oleh pelbagai pihak.. ada juga yang membuat perbandingan dengan pembelian kapal selam oleh jiran2 serantau... Jadi,, biar saya jelaskan kenapa harga kapal selam itu mahal tapi sebenarnya sangat berbaloi.

Keperluan utk memiliki kapal selam bagi TLDM sebenarnya telah wujud sejak tahun 1997.Tapi disebabkan aset bawah permukaan (submarine) ni lebih mahal dari aset atas permukaan (kapal perang) dan ekonomi merundum,,, maka ia terus ditangguh... Namun penangguhan tersebut ada sebabnya. Ini kerana aset permukaan TLDM ketika itu belum sesuai utk memiliki kapal selam. Sebelum memiliki kapal selam, TLDM perlukan aset permukaan seperti Frigate, Korvet, MPSS, dan lain2 kapal sokongan yang ampuh terutamanya aset yang berkemampuan menjalankan misi Anti Submarine Warfare (ASW). Jadi Malaysia tiada pilihan lain dan segala bajet pertahanan ketika itu ditumpukan pada kapal permukaan dahulu.


Program Kapal Selam serantau jiran:

1. Indonesia merupakan negara ASEAN pertama memperolehi kapal selam pada tahun 1960-an dan diikuti pada 1980-an. Dan bagi menggantikan kapal selam yang uzur ini, 3 buah kapal selam dari Korea Selatan , kelas Chang Bogo (sebenarnya model kelas 209 dari German) akan diborong..

2. Singapura sebaliknya memiliki kapal selam terpakai dari Sweden pada 1995 sebanyak 4 buah kelas Challenger dan 2 buah kelas Archer.

3. Vietnam pula bakal memiliki kapal selam pertama buatan Rusia pada 2014. Perancangan pemilikan enam kapal selam jenis Kilo ini dilakukan pada 2009 selepas beberapa peristiwa pertembungan dengan tentera laut China mengenai tuntutan bertindih Kepulauan Spratly.

4. Filipina yang pada ketika ini masih berdepan dengan pertembungan dengan China di perairan Scarborough Shoal membuat perancangan memperkukuhkan tentera laut (PN) melalui program Sail Plan 2020 yang akan merealisasikan kapal selam sebagai sebahagian dari aset PN.

5. Thailand juga membuat perancangan membuat perolehan enam kapal selam milik tentera laut Jerman untuk menjaga perairan Laut Andaman dan Teluk Thailand. Pemilikan kapal selam dari jenis U-206 ini yang akan menelan belanja lebih dari RM770 juta ini walaupun bersaiz kecil tetapi sesuai digunakan di perairan cetek seperti Teluk Thailand.
Malaysia secara amnya tidak mempunyai pengalaman yang luas mengenai kapal selam. Jadi, untuk memilih calon kapal selam terbaik, pengeluar kapal selam tersebut perlulah mempunyai rekod pengoperasian kapal selam yang terbaik mengikut teknologi semasa. Jerman dan Rusia ketika sudah pun mempunyai rekod insiden yang buruk. Korea sedang membangunkan kapal selam yang diciplak dari German. Manakala Perancis ketika itu sedang membangunkan generasi terkini kapal selam.. Di samping itu, 2 buah kapal selam Kelas Zwardwiss dari Belanda telahpun berada di Lumut untuk dijual kepada TLDM melalui syarikat PSC dari Malaysia.

Jadi, kapal selam mana yang Malaysia patut pilih??

Ok, saya berikan satu situasi yang lain pada anda..

Pengguna A sedang membuat pilihan untuk membeli sebuah laptop baru, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman dalam memilih laptop. Dia cuma tahu serba sedikit spesifikasi tentang laptop terbaru. Oleh kerana dia bukan orang berada, jadi laptop tersebut akan digunakan untuk jangka masa yang lama. Dan selagi laptop tersebut berdaya, dia akan guna sampai rosak, baru la nak ganti yang baru.
Dalam pasaran ketika itu, ada beberapa model terbaru laptop dan ia dibahagikan mengikut tingkat upaya processor laptop tersebut. Antara yang ada ketika itu ialah i3, i5 dan i7... Jadi antara 3 kategori laptop ini, mana yang lebih bagus?

Laptop i3 memg murah, tapi yang terbaru masa tu ialah dari i5 yang sedikit mahal. i7 masih belum keluar. Kalau beli i3, nanti laptop i7 keluar, harga, spare part, teknologi yang ada pada laptop i3 tadi dah tentu semakin jauh tertinggal di belakang. Laptop i5 pula agak mahal tetapi kemampuan lebih baik dari laptop i3. Dan jurang spesifikasi antara i5 dan i7 yang akan keluar nanti tidaklah begitu jauh.. Jadi , mana 1 nak pilih?? Laptop kena beli skrang, tak sempat nak tunggu i7 keluar sbb nak kena pakai. So, kalau korang, nak pilih yang mana?

Sama juga situasi dengan Malaysia. Memg banyak alternatif murah dengan kapal selam sedia ada dari German dan Rusia, tetapi perancang TLDM mahukan kapal selam yang boleh kekal relevan untuk jangka masa lama dan mampu menandingi kesemua ancaman maritim. Jadi oleh kerana Scopene adalah kapal generasi terkini, maka pemilihan closed tender dilakukan dan Perancis dan Sepanyol diberikan tanggungjawab menghasilkan 2 buah kapal selam baru dan terkini pada TLDM dan ia mengenetepikan smua tawaran calon lain yang cuba menawarkan kapal selam pada TLDM.. Termasuklah 2 kapal Belanda yang tersadai di Lumut yang akhirnya dipotong menjadi besi buruk. Akan tetapi, kos untuk membeli kapal selam generasi terbaru ini dah tentu bukanya murah. Malah kos lain turut menyumbang peningkatan yang lebih mahal.
Memandangkan ia Kapal Selam pertama TLDM, Malaysia tidak mempunyai sebarang fasiliti untuk menempatkan Scopene, dan perlu melatih krew baru kapal selam. Untuk melatih krew kapal selam, similator yang bakal dibeli tidak cukup untuk melatih krew baru menimba pengalaman,, dan sukar untuk Perancis memimjamkan kapal selam milik mereka utk tujuan latihan. Atas sebab itu, Perancis bersedia menjual sebuah kapal selam terpakai Agosta kepada Malaysia untuk melatih krew kapal selam. Dan fasiliti latihan dan logistik juga dibina di Lumut dan Teluk Sepanggar. Dan semua kos tersebut berjumlah kira-kira RM6.7 bilion untuk harga sub baru+sub terpakai+fasiliti+peluru+latihan. Tetapi sistem AIP untuk menjadikan kapal selam dapat menyelam lebih lama tidak dipasang.
Tetapi kenapa kapal selam yang dibeli oleh Thailand untuk 6 buah cuma bernilai RM770 juta ??? Vietnam pula beli 6 kapal selam dengan harga RM6.4billion..??? Tapi Malaysia beli 2 kapal selam dengan harga RM6.7 billion??. Sebelum admin jelaskan, korang tgok dulu rupa kapal selam ni.

fgs-u-boat-type-206a
1. Thailand beli Type U-206 terpakai dari Jerman (penah ditawarkan pada Malaysia.)


500px-Kilo_class_SS.svg


2. Vietnam beli Kilo-636 KMV baru dari Rusia.

amur1650

3. Malaysia beli Scopene SSK baru dari Perancis.

Dan ini penjelasanya.. Adakah berbaloi nak samakan kemampuan dan teknologi Type U-206 dengan Scopene??? Dah tentu tak patut la, umpama nak bandingkan kereta Proton Saga lama dengan Proton Preve terbaru,,, dh tentu banyak bezanya. Tapi kenapa Thailand beli jugak??? Takkan la Thailand nak tengok jiranya Singapore, Malaysia, Vietnam dan Indonesia borong kapal selam, jadi untuk mengimbangi kekuatan tersebut, Thailand yang dilanda krisis kewangan terpaksa membeli alternatif murah dan singkat dalam menghadapi peperangan dengan kapal selam. Lagipun, saiz kapal selam tersebut sesuai untuk laut Thailand yang lebih cetek.

Kilo-636 dibeli agak murah utk 6 unit kapal selam berbanding hanya 2 Scopene sahaja di Malaysia. Dari segi teknologi, tidak jauh beza jurang tersebut, tetapi anda kena tahu, yang Vietnam bukanya kali pertama mengoperasikan kapal selam. Mereka telahpun mengoperasikan kapal selam Salmon Class dari Korea Utara, dan ini bermakna Vietnam sudahpun mempunyai fasiliti latihan, logistik, dan pelbagai perkhidmatan sokongan termasuk krew terlatih. Bukanya situasi yang sama dengan Malaysia sebagai pengguna pertama kapal selam.


Dan paling penting, Scopene antara kapal selam tercanggih di rantau ini dan dibuktikan apabila Singapura juga merancang untuk membeli kapal selam tambahan dari kelas Scopene biarpun telah mempunyai 2 buah kapal selam yang telah dinaiktaraf dan canggih. Dan spesifikasi Scopene juga tidak sama seperti Scopene yang dibeli oleh Chile dan India. Kalau ia spesifikasi yang sama dengan Malaysia, jadi untuk apa Singapura membeli Scopene kalau mereka boleh membeli maklumat spesifikasi dn dokrin tersebut melalui Chile dan India??? Jadi, adalah sangat penting sistem Scopene dirahsiakan kerana kalau beli mahal-mahal tapi rahsia tersebut disebarkan pada pengetahuan umum, maka tidak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar dalam memastikan TLDM mempunyai elemen kejutan dan cegah rintang jika ada kuasa luar cuba mengancam keselamatan negara. Dan harga keamanan jauh lebih mahal, dan mungkin tidak dapat dibeli dengan duit, tetapi dengan harga darah.

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." Surah An-Anfal ayat 60...

 

Sumber:http://harapan-esok.blogspot.com/2013/03/penjelasan-lengkap-mengapa-kapal-selam.html