Menyerap Ilmu Yang Luas Ke Dalam Hati

1.5.13

Berhati-hati Dengan PowerBank Telefon Tiruan

04:35 Posted by Shichibukai Encraptor No comments
Sejak akhir-akhir ini, bagi mereka pengguna tegar telefon bimbit biasanya akan memiliki atau bercita-cita untuk membeli 'powerbank' bagi memudahkan cas bateri telefon anda bagi tujuan mobiliti dan 'malas nak cari port untuk cucuk plug charger'.

Bermacam-macam powerbank dijual di pasaran, bahkan dengan kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan ada yang offer sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.

Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.

Jadi, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.

Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda.

Semua ini terpulang pada anda, bagi saya, sikit rugi tidak apa-apa, jangan rugi banyak-banyak dan hati pun rasa itu sakit juga.

0 comments:

Post a Comment