Menyerap Ilmu Yang Luas Ke Dalam Hati

9.6.13

Hilangkan Newsfeed Atau Berita Tanpa Unfriend di FACEBOOK

04:27 Posted by Shichibukai Encraptor No comments



Tahukah anda, jika anda bosan dengan newsfeed atau berita dari seseorang dalam facebook, anda boleh hilangkan berita seseorang di news feed anda.

Caranya mudah, pergi kat profile dia, click kat button friends (sebelah message) diatas header dia, then disable 'show in news feed'. Dengan ini status-status dari dia tidak akan timbul lagi di newsfeed kita tanpa kita perlu 'unfriend' dia.

Dengan berbuat demikin, tidak ada lagi newsfeed 'saya sakit gigi' (sambil gambar tayang gigi dia berlubang penuh ulat) atau status 'sedang menaip dalam jamban' dari rakan anda yang punyai masalah mental.

Cubalah...Anda pasti menyukainya hanya kerana hidup anda tidak lagi membosankan dengan terpaksa membaca status yang bukan-bukan dan ianya dilakukan tanpa perlu unfriend sahabat anda.

Kekalkan newsfeed-newsfeed dari status rakan-rakan anda yang berkualiti dan memberi info pada anda.

The truth may hurt for a little while but a lie hurts forever....

Windows 8.1 Disertakan Button START

04:26 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

Ada berita baik kepada mereka-mereka yang benci menggunakan Windows 8 kerana ketiadaan button START (baca: kehilangan), kerana Windows terbaru iaitu Windows 8.1 akan menampilkan button itu pada masa akan datang, sekaligus mengekalkan identiti button START yang mula diperkenalkan pada Windows 95.

Namun, jika tidak mahu menunggu ketibaan Win 8.1, anda boleh cuba google beberapa alternatif software button START yang direka khas untuk diinstallkan kedalam WINDOWS 8 ini bagi 'mewujudkan kembali' button START di Windows 8 tersebut . Software-software ini sebenarnya sudah banyak, hanya google sahaja dan install.

StartIsBack paling terdekat dengan interface button serta lebih real, namun berbayar.

Keyword untuk google: Classic Shell,Start8,
StartIsBack,IOBit StartMenu8,Pokki. Dan saya menggunakan Classic Shell, kerana ianya percuma.


Google Reader Ditutup, FeedDemon Pun Ikut. Alternatifnya Masih Ada

04:23 Posted by Shichibukai Encraptor No comments
Google telah umumkan 1 Julai nanti tarikh terakhir servis RSS feed reader yang dikenali sebagai Google Reader.

Saya salah seorang pengguna Google Reader, yang menyukai servis ini. Saya boleh subscribe banyak web melalui RSS, dan membacanya disatu tempat iaitu di Google Reader secara online - Cloud-Based News Readers.

Langkah terkebelakang dari Google ini mendapat perhatian ramai dan ramai menentang. Namun apakan daya, kuasa ditangan mereka.

Saya baru sahaja download link-link RSS dari Google Reader untuk diletakkan kedalam servis rss feed reader yang baru. Saya download data-data saya itu melalui Google Takeout. Data tersebut akan saya dumpkan kedalam pilihan alternatif RSS feed reader seperti:

1- Netvibes - http://www.netvibes.com/en
2- Newsblur - http://www.newsblur.com/
3- Feedly - http://www.feedly.com/
4- TheOldReader - http://theoldreader.com/

Jangan tanya saya yang mana lebih elok, kerana saya juga belum try keempat-empat alternatif ini.

Salah satu RSS Feed reader yang digemari di desktop adalah FeedDemon. Bahkan ada yang membayarnya kerana menggemari dan menyokong usaha FeedDemon ini, walaupun FeedDemon juga boleh didapati percuma. Namun, kegembiraan pengguna FeedDemon juga dikejutkan dengan berita bahawa servis FeedDemon juga dihentikan sebagai mengikut jejak langkah Google Reader. Developernya menyatakan:

****
This is a hard post for me to write.
I've used FeedDemon every day since I created it back in 2003 - it's part of my daily workflow, the first thing I turn to after pouring myself a cup of coffee in the morning.
I've thoroughly enjoyed working on it and I'm grateful for all of the people who paid for it over the years despite free alternatives.
But it's time for FeedDemon to die.

Baca lagi di: http://nick.typepad.com/blog/2013/03/the-end-of-feeddemon.html
****

Emm..dua-tiga kali berita sedih. Tapi itulah hakikat yang harus diterima. Kita perlu bergerak mencari alternatif yang ada. Mungkin RSS News Feeder ini tidak menguntungkan sehingga berlaku penutupan Google Reader & FeedDemon ini.

Cause the Sun always sets
The moon always falls
It feels like the end
Just pay no mind at all
Keep rollin'
Rollin'
Life must go on
It must go on.....