Saya salah seorang pengguna Google Reader, yang menyukai servis ini. Saya boleh subscribe banyak web melalui RSS, dan membacanya disatu tempat iaitu di Google Reader secara online - Cloud-Based News Readers.
Langkah terkebelakang dari Google ini mendapat perhatian ramai dan ramai menentang. Namun apakan daya, kuasa ditangan mereka.
Saya baru sahaja download link-link RSS dari Google Reader untuk diletakkan kedalam servis rss feed reader yang baru. Saya download data-data saya itu melalui Google Takeout. Data tersebut akan saya dumpkan kedalam pilihan alternatif RSS feed reader seperti:
1- Netvibes - http://www.netvibes.com/en
2- Newsblur - http://www.newsblur.com/
3- Feedly - http://www.feedly.com/
4- TheOldReader - http://theoldreader.com/
Jangan tanya saya yang mana lebih elok, kerana saya juga belum try keempat-empat alternatif ini.
Salah satu RSS Feed reader yang digemari di desktop adalah FeedDemon. Bahkan ada yang membayarnya kerana menggemari dan menyokong usaha FeedDemon ini, walaupun FeedDemon juga boleh didapati percuma. Namun, kegembiraan pengguna FeedDemon juga dikejutkan dengan berita bahawa servis FeedDemon juga dihentikan sebagai mengikut jejak langkah Google Reader. Developernya menyatakan:
****
This is a hard post for me to write.
I've used FeedDemon every day since I created it back in 2003 - it's part of my daily workflow, the first thing I turn to after pouring myself a cup of coffee in the morning.
I've thoroughly enjoyed working on it and I'm grateful for all of the people who paid for it over the years despite free alternatives.
But it's time for FeedDemon to die.
Baca lagi di: http://nick.typepad.com/
****
Emm..dua-tiga kali berita sedih. Tapi itulah hakikat yang harus diterima. Kita perlu bergerak mencari alternatif yang ada. Mungkin RSS News Feeder ini tidak menguntungkan sehingga berlaku penutupan Google Reader & FeedDemon ini.
Cause the Sun always sets
The moon always falls
It feels like the end
Just pay no mind at all
Keep rollin'
Rollin'
Life must go on
It must go on.....
0 comments:
Post a Comment