Menyerap Ilmu Yang Luas Ke Dalam Hati

3.7.13

Kaedah Partition Ubuntu 13 & Windows 8 - Kegunaan Sendiri

23:25 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

Harddisk saya adalah 500gb.

Saya memecahkan partition-partition saya menggunakan Gparted Live USB (rujuk: http://gparted.sourceforge.net/liveusb.php). Gparted Live USB ini boleh diboot menggunakan USB, dan boleh melaksanakan partition harddisk selepas boot kepada perisian Gparted Live USB ini.

Mula-mula. saya reserve siap-siap sda1 untuk kegunaan Windows 8. Sebanyak 116 GB digunakan dan diformat dalam bentuk NTFS.

Partition selebihnya, saya  reserve untuk sda2 pula, saya mengformat sebanyak 238 GB dan ianya FAT32, untuk memudahkan sharing antara 2 OS. Disini saya meletakkan folder dropbox saya, yang boleh disync oleh Windows 8 dan Ubuntu.

Seterusnya bagi yang masih belum diassign partitionnya, saya set partition tersebut fully logikal, kepada 110.38 GB iaitu kesemua baki yang ada. Kemudian tanda sda3 akan muncul dengan ianya menulis  'extended' di file system.

Sekali lagi saya menggunakan extended tadi untuk memecahkan kepada 2 bahagian, iaitu ext4 untuk Ubuntu OS sebanyak 96.43GB, dan linux swap sebanyak 14GB.

Selepas saya install Windows 8, saya kembali kepada Ubuntu. Di Ubuntu installer, saya hanya perlu pergi kepada ext4 dan memasukkan '\' sebagai root kepada OS saya, dan untuk GRUB, saya memilih sda2 iaitu dimana terletaknya WIN8 saya.

0 comments:

Post a Comment