Menyerap Ilmu Yang Luas Ke Dalam Hati

21.12.14

Bagaimana Saya Bermula? – Kisah Disebalik Permulaan TheLorry.com

04:31 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

 

Image(15)

TheLorry merupakan salah satu perkhidmatan tempatan, yang mana membolehkan para pengguna untuk membuat perbandingan harga untuk menyewa lori (bagi tujuan pindah barang dan sebagainya), serta membuat tempahan terus menggunakannya. Perkhidmatan tersebut yang dimulakan oleh Nadhir Ashafiq telah dilancarkan pada 7 September 2014, dan mereka berjaya mendapat 10 pelanggan berbayar dalam tempoh kurang 10 hari.

“Permulaan”

Nadhir pada awalnya bekerja di ABDA Group dan ditugaskan untuk mengetuai sebuah bahagian kurier baru memfokuskan kepada penghantaran dan logistik antarabangsa. Ketika itu, beliau telah membuat beberapa kajian berkaitan dengan logistik, termasuk mengenali beberapa jenama pesaing popular seperti PosLaju, DHL dan juga TNT.

Selepas membuat kajian, Nadhir bereksperimen dengan pasaran sewa lori dengan membuat pengiklanan ringkas di internet. Laman yang telah dipilih beliau untuk pengiklanan pada kali pertama adalah Majalah.com, dan beliau menerbitkan iklan perkhidmatan sewa lori 1,3 dan 8 tan padanya. Iklan tersebut telah diterbitkan pada Mac 2013 yang lepas, dan boleh dikatakan setiap hari sejak iklan tersebut diterbitkan di Majalah.com, Nadhir menerima panggilan bertanyakan mengenai perkhidmatan lori sewa yang ditawarkan. Apa pun, bahagian kurier pada syarikat tersebut tidak begitu berjaya, namun pengalaman tersebut memberikan lebih banyak maklumat mengenai permintaan pasaran untuk lori sewa ini.

“Kelahiran Idea TheLorry”

Lanjutan daripada pengiklanan yang ringkas di web, Nadhir telah melihat dan berfikir mengenai impaknya. “Sekiranya pengguna tertarik dengan iklan yang begitu ringkas, kenapa tidak kita buat web yang lebih cantik dan profesional khusus untuk pasaran ini?”. Idea Nadhir amat ringkas, iaitu untuk mengambil tempahan dan sewa untuk lori menggunakan web sepenuhnya.

Image(16)

Mengikut kajian awal yang dilakukan, salah satu syarikat seumpama yang ditemui Nadhir adalah Unpakt yang beroperasi di Amerika Syarikat. Memandangkan idea yang Nadhir fikirkan adalah lebih kurang sama dengan Unpakt, beliau telah mengambil beberapa perkara menarik mengenainya dan merangka web TheLorry.

Seperti biasa, ketika membincangkan idea awal untuk sesebuah syarikat, salah satu perkara yang akan timbul adalah perkara mengenai kewangan. Untuknya, Nadhir dan rakan beliau telah mengambil langkah untuk mempersembahkan ia kepada Cradle dan menerima dana awal untuk memulakannya.

“Gagal menerima dana Cradle – mungkin kerana idea lebih kurang sama seperti iKargo”Mempersembahkan idea mereka kepada Cradle juga bakal memberikan lebih keyakinan terhadap idea mereka selain daripada sokongan dan bantuan lain. Nadhir mendaftarkan diri untuk mempersembahkan idea kepada Cradle, dan seterusnya mendapat peluang untuk mempersembahkan ia pada Jun 2014.

Apa pun, penyertaan mereka tidak begitu berjaya. Salah satu sebab yang berkemungkinan menyumbang kepada perkara ini adalah kerana Cradle dilihat telah pun melabur kepada salah satu perkhidmatan lain dengan penawaran lebih kurang sama dinamakan sebagai iKargo. Ini membuatkan penyertaan mereka di Cradle gagal dan tidak dibawa ke pusingan seterusnya.

Perkara ini sekaligus memberikan sedikit kesan kepada Nadhir untuk sama ada meneruskan idea tersebut ataupun sebaliknya. Namun, memandangkan idea iKargo dengan idea mereka adalah berbeza, mereka memilih untuk meneruskan pembangunan idea TheLorry.

“Membangunkan Prototaip Awal”

Meneruskan idea mereka, Nadhir seterusnya memilih untuk membangunkan versi prototaip awal, dan pada masa yang sama membuat kajian lanjut mengenai pasaran dan penawaran lori sewa. Mereka memilih untuk membangunkan ia pada harga yang serendah mungkin, dan pada masa yang sama melakukannya dengan pantas.

Untuk membangunkan versi awal, TheLorry menggunakan perkhidmatan Blogspot daripada Google untuk menyediakan halaman awal, dan pada masa yang sama menggunakan JotForm untuk menyediakan borang untuk tempahan pengguna.

Pada masa yang sama juga, beliau turut membuat kajian lanjut menggunakan laman-laman seperti Mudah.my dan juga Majalah.com. Mereka bertanya akan beberapa soalan yang sering ditanya pengguna ketika ingin sewa lori, dan turut menemui beberapa penyedia lori sewa dalam membincangkan lebih lanjut mengenai proses dan harga yang dicaj oleh sesuatu syarikat lori sewa.

Image(17)

Sebaik sahaja selesai membangunkan versi prototaip pertama, Nadhir mengambil langkah untuk mempromosikan ia menggunakan Google Ads. Memandangkan ramai yang menggunakan Google untuk membuat pencarian untuk beberapa perkara yang dikehendaki, mereka menerima klik yang tinggi ke laman mereka. Namun, ia tidak membawa kepada sebarang hasil akhir, dan tiada siapa yang melanggan menggunakan perkhidmatan mereka.

“Pengguna tidak menyukai isi borang yang panjang lebar.”Setelah membuat kajian mengenainya, mereka hadir dengan kesimpulan yang mana prototaip awal mereka itu terlalu sukar dan tidak mesra pengguna. Harga lori sewa hanya boleh didapati pada langkah ketiga, dan perkara ini mungkin tidak disukai pengguna. Mereka mengambil langkah untuk menambah-baiknnya, dan mengalihkan penawaran harga ke halaman utama.

Image(18)

Apa pun, prototaip kedua masih tidak begitu berjaya. Ini mungkin kerana pengguna tidak mengemari memasukkan maklumat yang banyak sebelum mendapatkan hasilnya. Untuk mengatasinya, mereka mengurangkan pelbagai proses dan menyediakan hanya tiga soalan yang perlu dijawab – iaitu saiz lori, lokasi pengambilan, dan juga lokasi penghantaran. Sebaik sahaja perubahan ini dilakukan, TheLorry menyaksikan pelanggan pertama melanggan perkhidmatan mereka, yang mana merupakan pelanggan dari Iran yang ingin berpindah dari sebuah kondominium di Kota Damansara ke kondominium yang lain di lokasi berdekatan.

“Membesarkan”

Image(19)

TheLorry menerima pelanggan yang ke sepuluh pada hari ke sepuluh selepas versi akhir dilancarkan secara rasminya. Sebaik sahaja selepas menerima pelanggan ke-10, Nadhir memikirkan untuk terus membesarkannya dengan lebih pantas supaya boleh menjadikannya sebagai salah satu perniagaan berjaya. Seperti biasa, untuk langkah seterusnya mereka memerlukan mentor, panduan lanjut dan juga bantuan kewangan untuknya. Bagi perkara tersebut, mereka telah mendaftarkan diri untuk programGet To Start in 5 Days (GTS5), dan berjaya memenangi hati pengunjung ketika acara tersebut.

Sejak daripada itu, mereka telah terus menambah-baik perkhidmatan mereka, disamping pada masa yang sama turut bekerjasama dengan beberapa penyedia lain. Salah satu rakan kerjasama mereka adalah RumahSewa.com, dimana pengguna boleh membuat tempahan lori terus daripada laman tersebut selepas pengguna memilih rumah yang ingin disewa. Satu lagi laman yang mereka turut bekerjasama adalah Jual-Jual, salah satu laman jual-beli di Malaysia.

Seperti biasa, ini hanya merupakan permulaan untuk pihak TheLorry, dan pelbagai langkah perlu diteruskan oleh Nadhir untuk terus hadir sebagai laman utama yang dikunjungi rakyat Malaysia untuk menyewa lori.

Layari : TheLorry

Artikel asal perkongsian Nadhir. Gambar dari laman sosial TheLorry.

Sebaik Disahkan Mengidap Kanser - A. Ubaidillah bin Alias

04:28 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

ubaidillah (6)

(Penulis adalah Dua dari kiri, gambar Disember 2013)

Oleh A. Ubaidillah bin Alias

Bismillahirrahmanirrahim

(30 Mac 2014)

Alhamdulillah, sewaktu saya menulis catatan ini saya sedang bekerja dan masih diberikan peluang untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal yang sihat. Syukur kepada Allah SWT. Sewaktu saya memulakan catatan ini, saya sudahpun melepasi jangka setahun dari tarikh saya disahkan mengidap kanser hodgkin lymphoma. Ia bukan suatu pengalaman yang indah, tetapi ia cukup penting untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja yang ditakdirkan untuk menerima ujian 'pengidap Kanser'.

Seingat saya, ia bermula dengan keletihan dan batuk yang berpanjangan. Sangkaan saya, kemungkinan saya dijangkiti penyakit batuk kering kerana ketika itu ayah saya telahpun disahkan mengidap tibi. Saya dibawa ke hospital dan didapati ada ketulan di leher. Untuk mengesahkan penyakit apa yang menjadi punca ketulan itu, maka saya diminta melakukan biopsi. Iaitu pembedahan membuang tisu tersebut untuk dijadikan spesimen untuk pengesahan penyakit. Saya melalui pembedahan tersebut dan kemudian disahkan mengidap kanser Hodgkin Lymphoma.

Pada hari keputusan biopsi, dalam hati saya mempunyai beberapa sangkaan buruk. Saya ada mengandaikan bahawa kemungkinan saya bukan mengidap batuk kering. Boleh jadi saya mengidap kanser paru-paru atau seumpamanya. Saya menyimpan banyak andaian negatif dengan harapan keputusan itu adalah lebih baik. Ternyata, andaian saya benar-benar 'menjadi kenyataan' apabila sepupu saya sendiri selaku doktor onkologi memberitahu yang saya disahkan mengidap kanser hodgkin lymphoma. Kemudian saya diminta bergegas menemui pakar haematology dan membuat CT Scan. Saya disahkan berada di stage ke-2.

Sebaik diberitahu oleh pakar bahawa saya berada di peringkat ke-2. Ada sedikit kelegaan. Namun, saya tahu perjalanan saya masih panjang dan tahun 2013 akan menjadi tahun yang sangat berbeza dalam sejarah kehidupan saya. Saya akui, doktor sangat berusaha untuk membantu dengan menyusun jadual bagi persiapan chemo pod dan juga memulakan proses kimo dalam masa terdekat. Saya juga 'Bersetuju' untuk melakukan kimoterapi dan meminta agar doktor membantu mempersiapkan proses yang perlu seberapa segera. 

SAYA BELUM MENJALANI KIMOTERAPI

Namun, sehingga sekarang saya belum menjalani kimoterapi. Kenapa? Nanti saya akan jelaskannya. Saya secara peribadi tidak mempunyai sebarang 'bantahan' terhadap kimoterapi pada awal saya disahkan mengidap kanser. Malah, saya akui sehingga sekarang saya tidak 'membantah' sesiapa yang ingin melakukan rawatan itu. Namun, ada beberapa perkara yang merubah keputusan saya dengan drastik sehingga saya berkeras untuk tidak menjalani kimoterapi. Perkara ini bagi saya amat penting untuk dikongsikan kepada pembaca, agar kita tahu apa yang bakal dilalui selepas kita memilih sesuatu keputusan.

Saya mahu pembaca jelas bahawa saya tidak menentang rawatan kimoterapi, tetapi saya mahu pembaca tahu kenapa saya membuat keputusan 'menolak' rawatan itu sehingga sekarang. Ia berkait dengan banyak sudut dan sisi kehidupan. Ia memerlukan pertimbangan yang rasional dan matang. Adakah ia sukar? Ya, memang ia suatu keputusan yang sukar! Kerana keputusan ini boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Saya tidak main-main dengan keputusan saya. Saya harap, pembaca juga tidak mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan berdasarkan pihak kedua atau ketiga. Pembaca perlu 'memutuskan' sendiri. Kerana ini kehidupan kita dan kita perlu memahaminya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

MASIH ADA PILIHAN SELAIN KIMOTERAPI?

Soalan ini saya letakkan di awal perkongsian. Namun, huraiannya saya akan berikan di pertengahan catatan ini. Kenapa? Kerana saya mahu pembaca sedar bahawa kimoterapi "Bukan satu-satunya kaedah rawatan melawan kanser".

Ya, masih ada rawatan alternatif selain kimoterapi. Tetapi ia bukan rawatan yang percuma dan mudah. Ia memerlukan banyak proses dan pengetahuan. Ia bukan sekadar memerlukan kemahuan yang kuat, malah ia memerlukan keputusan demi keputusan untuk melaluinya peringkat demi peringkat. Saya akan jelaskan selepas ini.

AMBIL MASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

Sebelum membuat keputusan dalam memilih kaedah rawatan. Pembaca perlu faham banyak situasi sendiri. Saya bersyukur kerana Allah masih memberikan saya 'Kekuatan' untuk berbincang dan merancang walaupun saya dalam keadaan uzur. Saya akui, ada pihak yang sudah terlalu lemah untuk menilai situasi sendiri apabila dia disahkan mengidap kanser. Keuzuran itu menyebabkan dia buntu dan akhirnya 'merelakan' apa sahaja keputusan dibuat oleh orang di sekeliling. Jika ada sanak-saudara yang terkena kanser dan anda sebagai "pembuat keputusan". Maka, anda wajar membaca buku ini. Anda perlu menilai perkara-perkara ini dengan sedalam dan sejauh mungkin.

MENILAI SITUASI KEWANGAN

Biar saya jelaskan situasi saya secara terperinci sewaktu disahkan mengidap kanser. Saya juga harap tuan puan memahami situasi sendiri sebelum membuat keputusan menjalani kimoterapi. Saya sudah berkahwin dan berumur 31tahun. Perkahwinan saya ketika itu hampir memasuki usia lima tahun. Saya bekerja sebagai pegawai kerajaan dengan gaji 3ribu sebulan. Namun, saya masih lagi belum disahkan jawatan dan berstatus kontrak. Sumber kewangan keluarga sepenuhnya dari saya. Ini kerana isteri saya yang berumur 26 tahun masih belajar di peringkat ijazah. Isteri saya masih mempunyai baki pengajian selama setahun setengah ketika itu. Saya yang menanggung kos pengajian beliau. Jika yuran pengajian tertangguh, kemungkinan pengajian beliau akan bermasalah. Dalam masa yang sama, saya mempunyai dua orang anak kecil. Seorang berumur 4 tahun dan seorang berumur 1 tahun. Anak kecil memerlukan kos untuk keperluan membesar yang sempurna. Jika saya gagal bekerja seperti biasa atau kehilangan punca pendapatan, isteri saya tidak akan mampu menyara kedua anak ini. Melainkan jika dia meminta bantuan kewangan dari pihak lain. Sudah tentu sebagai suami, saya tidak mahu hal itu berlaku.

Dari situ, saya merujuk doktor dan bertanya berapa lamakah tempoh rawatan yang perlu saya lalui dengan kimoterapi. Doktor mengatakan 'kitaran pertama' bagi kimoterapi adalah selama enam bulan. Jika tidak sembuh, akan disambung kitaran kedua selama enam bulan lagi. Saya mula resah. Jika saya menjalani rawatan kimoterapi dengan status jawatan kontrak. Saya berkemungkinan kehilangan kerja. Kerana kita akui secara logiknya bahawa semua agensi tidak akan mengambil pekerja yang berpenyakit dan tidak mampu melaksanakan tugas dalam tempoh enam bulan. Doktor sendiri akui bahawa saya tidak akan mempunyai kudrat untuk melakukan kerja seperti orang biasa jika menjalani kimoterapi. Saya akan keletihan dan terlantar sahaja. Hal itu sudah memberi gambaran bahawa saya akan menjadi 'Mayat hidup' sepanjang rawatan.

Saya beranggapan bahawa rawatan ini tidak akan memberikan jaminan "Masa depan" yang lebih baik untuk kerjaya saya. Dengan kata lain, jika saya memilih untuk menjalani kimoterapi bermakna saya perlu bersedia untuk kehilangan pekerjaan. Hati saya mula serba salah.

Saya fikir, jika pembaca mempunyai sumber kewangan yang baik. Ada ibubapa yang boleh membiayai kos kehidupan dan rawatan. Maka, pembaca tidak perlu memikirkan situasi seperti yang saya sebutkan tadi. Kita berbeza. Mungkin kimoterapi adalah jalan yang sesuai untuk pembaca.

MENILAI KEKUATAN EMOSI

Secara jujurnya saya adalah lelaki yang suka bermanja dengan isteri dan anak-anak. Isteri saya orang Batu Pahat dan saya orang Kelantan, saya pernah menghantar isteri dan anak-anak pulang ke kampungnya selama seminggu di Batu Pahat. Kebetulan saya sibuk dengan berbagai kerja di Kelantan, mereka pulang ke sana tanpa saya. Saya terpaksa akui itu adalah minggu yang meresahkan dan sangat sunyi dalam hidup saya. Dari situ saya sedar bahawa saya tidak akan gembira jika hidup seharian tanpa melihat isteri dan anak-anak di depan mata. Justeru, saya akui bahawa mereka adalah sumber kekuatan hidup saya. Saya perlu pastikan mereka ceria dan gembira selama bersama dengan saya. Dengan itu, saya akan merasai kekuatan untuk terus berusaha membahagiakan mereka. Sebaliknya, jika mereka hidup dalam kemurungan dan sedih disebabkan saya... saya tahu, kesedihan itu akan membuatkan jiwa saya menderita. Situasi ini, semestinya tidak bagus untuk pengidap kanser. Kerana pengidap kanser perlu hidup ceria dan bahagia untuk membantu sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik. Kemurungan akan menjadikan penyakit ini lebih cepat merebak dan menjadi ganas.

Saya terus menilai jika saya memilih untuk kimo. Saya akan kehilangan kudrat untuk bekerja. Sebagai seorang suami, kehilangan pekerjaan dan menjadi manusia yang tidak berfungsi untuk menyara keluarga dan anak-anak adalah suatu 'kekecewaan yang besar'. Malah, ia lebih mengecewakan jika hidup dalam keadaan gagal memberi apa-apa malah terpaksa menyusahkan manusia di sekeliling. Bagi saya, situasi sebegini adalah lebih dahsyat daripada menjalani rawatan kimoterapi. Kenapa? Kimo hanya melibatkan diri saya seorang. Saya akan laluinya sendirian. Itu tidak mengapa. Jika saya mati, itu hanyalah ke atas diri saya. Tetapi, bila kesan rawatan itu menjadikan orang di sekeliling saya menderita. Ini lebih menyakitkan. Isteri saya dan anak-anak saya akan menjalani kehidupan yang lebih teruk. 

Perkara yang paling sukar untuk saya gambarkan ialah rawatan kimo akan menjadikan sistem imunisasi badan menjadi sangat lemah. Doktor memberitahu, saya boleh mati jika mengidap demam atau selsema biasa. Saya perlu di kuarantin sepanjang rawatan tidak kira semasa berada di rumah atau di hospital. Saya tidak boleh bertemu dengan sesiapa sahaja sewenang-wenangnya. Termasuk isteri dan anak-anak saya sendiri. Setelah saya menjadi seperti 'mayat hidup' dan tidak berfungsi dengan baik. Dalam masa yang sama saya tidak boleh bersama dengan orang yang saya kasihi seperti biasa. Saya tidak boleh bermanja dengan anak dan isteri, saya juga tidak boleh memeluk dan mencium mereka sesuka hati. Maka ini sememangnya 'Proses yang menyedihkan'. Saya fikir, saya akan mati lebih cepat disebabkan kesedihan dan kekecewaan. Bukan disebabkan penyakit itu sendiri.

Saya makin tawar untuk menjalani kimoterapi. Walaupun doktor menyatakan kemungkinan saya akan sembuh dalam masa enam bulan. Enam bulan adalah tempoh yang panjang. Jika saya melalui proses ini, saya fikir emosi saya tidak akan tahan walaupun untuk tiga bulan pertama. Itulah saya. Saya tidak tahu bagaimana pula dengan pembaca.

Jika pembaca belum berkahwin dan tidak mempunyai sesiapa untuk dikasihi dan dicintai. Malah pembaca sendiri suka hidup bersendirian. Maka, pembaca tidak perlu memikirkan situasi yang saya sebutkan tadi. Kita berbeza dalam hal ini. Mungkin kimoterapi adalah jalan yang sesuai untuk pembaca.

MIND SETTING SEBAIK DISAHKAN MENGIDAP KANSER

Sebaik disahkan mengidap kanser, saya akui ia suatu kejutan. Walaupun ia sudahpun diramalkan, namun 'pengesahan' itu membuatkan kita seperti benar-benar terjaga. Seolah ada orang berbisik "Ajalmu sudah hampir" walaupun sebelum ini seringkali orang memberitahu "Mati itu hampir". Maka, ia memberi satu kesan emosi yang kusut dan meresahkan. Kebetulan saya ke hospital dengan isteri. Namun isteri saya menunggu di dalam kereta disebabkan tiada tempat parking. Saya mula memujuk diri sendiri semenjak di bilik doktor lagi. Saya memikirkan apakah cara untuk memberitahu isteri agar dia tidak merasa 'sedih'. Sedangkan saya juga sudah dilanggar dan dihempas dengan berbagai rasa dalam dada.  

Soalan yang saya tanyakan ketika itu, "Apakah yang saya takutkan sebenarnya?" sudah pasti ialah "Kematian". Jika kematian menjadi ketakutan utama, maka saya akui bahawa semua orang akan mati. Cuma, saya tidak menjangkakan seawal dan secepat itu. Lalu saya cuba selami realiti. Ramai yang lebih muda dari saya telahpun mati. Bukan mati kerana kanser, mati kerana berbagai punca. Ada yang mati kemalangan dan penyakit yang berbeza. Maka, saya perlu bersyukur kerana masih hidup dan diberi nafas sehingga saat ini. Walaupun masih banyak perkara yang saya mahu lakukan di usia 31 tahun. Namun, saya akui sudah banyak masa yang saya perolehi berbanding orang yang telah mati diusia muda. Maka, saya pujuk diri untuk bersyukur. 

"Syukurlah... dapat hidup sampai umur 31. Ada yang mati lebih awal"

Kemudian saya tanya lagi apa "Ketakutan lain". Saya jawab sendiri, saya takut untuk melalui kesakitan yang panjang dan kehilangan masa depan yang menakutkan. Dari situ saya jawab sendiri, kesakitan adalah pengampunan untuk dosa-dosa saya. Saya tidak perlu berdukacita jika Allah mengampuni dosa saya. Malah, penyakit itu sendiri adalah tanda kasih sayang Allah. Dia mahu saya melaluinya dengan sabar. Saya terima walaupun bukan semudah itu. Manakala kehidupan yang bakal saya lalui tidaklah begitu menakutkan berbanding saudara saya yang berada di Somaliam, Iraq, Syiria dan Palestin. Mereka hidup dalam peperangan dan tiada masa depan. Mereka bukan sahaja tidak boleh bermimpi untuk hidup tahun hadapan, malah mereka tidak boleh bermimpi untuk hidup sampai ke petang. Mereka hidup dalam kesamaran dan ketidak pastian. Malah mereka juga tiada makanan yang cukup, bekalan elektrik yang terhad dan tiada tempat untuk merawat penyakit sendiri. Sedangkan saya hidup di Malaysia. Di sini ada kedai menjual makanan yang banyak, saya boleh cari dan pilih sendiri. Di sini ada kemudahan rumah yang selesa, ada kipas dan penghawa dingin. Saya boleh menonton TV dan mendengar radio sekalipun saya terlantar sakit. Malah, di sini saya ada ubat penahan sakit dan kedai farmasi yang banyak untuk mendapatkan ubat terpilih. Maka, saya masih hidup dalam nikmat.

Sekalipun saya sakit dan terlantar, saya tetap berada di tempat yang lebih baik berbanding saudara segama saya di Somalia, Syiria, Iraq, Palestin dan tempat-tempat malang di dunia. Penyakit yang saya hadapi ini juga, tidaklah menakutkan berbanding kehidupan umat Islam di Burma yang dibantai dengan pembunuhan oleh penganut agama lain. Saya WAJIB BERSYUKUR atas keadaan sekeliling saya. 

Ucapkan "Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah"

Setiap kali perasaan takut dan runsing menyerang. Saya cuma perlu ucapkan "Hasbiyallah wa ni'mal wakeel" (Cukuplah Allah bagiku dan dia sebaik-baik penolong). Memang saya memerlukan masa untuk benar-benar merasai ketenangan. Namun, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya Mind Setting yang 'Positif' sebaik saya disahkan mengidap kanser. Saya akui saya diberikan ketenangan dan tidak memasuki fasa 'kekecewaan dan kemurungan'. Saya berharap tuan puan dan pembaca yang mengidap kanser segera mencari 'sebab' untuk merasa 'syukur' dengan kehidupan yang sedia ada. Jangan biarkan jiwa kita merasa 'malang' dan 'kecewa' sehingga mengucah emosi hingga bertabrakan. Kerana emosi yang tidak keruan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

PENCARIAN RAWATAN ALTERNATIF DENGAN DOA, PEMBACAAN DAN USAHA

Sebagaimana yang saya jelaskan, situasi kewangan dan emosi saya memaksa saya untuk mencari jalan rawatan yang lain. Kimoterapi bukan jalan penyelesaian bagi masalah kanser saya. Bukan saya menolak rawatan itu atas sebab prejudis dan tidak percayakan doktor. Tetapi saya fikir, untuk sembuh saya memerlukan lebih dari kimoterapi. Rawatan kimo mungkin sesuai untuk orang lain, tetapi bukan untuk saya. Maka, saya mula mencari rawatan alternatif yang ada bagi melawan kanser. 

Saya ingin tegaskan bahawa, sebaik sahaja menerima pengesahan penyakit ini. Hati saya bagai ditarik untuk kembali kepada Allah. Dengan izin Allah saya mempunyai kekuatan untuk menenangkan diri. Mulai hari itu, saya bertaubat dan memohon kemaafan atas dosa-dosa saya. Dalam masa yang sama saya meminta agar Allah membantu saya. Saya bangun malam hampir setiap malam sekitar jam 4.30 pagi untuk melakukan solat hajat 12 rakaat. Saya juga beristikharah agar Allah menunjukkan saya rawatan yang terbaik. Saya membaca blog dan membuat carian penawar kanser di internet. Malah saya juga berjumpa dengan beberapa kenalan kepada pesakit kanser. Dari situ mendapat banyak maklumat.

Setelah saya melakukan CT SCAN dan mendapat kelulusan melakukan kimoterapi. Saya hanya mempunyai masa tujuh hari untuk membuat keputusan. Dari saat itu saya memenuhkan hari dengan doa dan solat hajat. Saya mohon keampunan dan jalan keluar dari masalah ini kepada Allah. Hati saya semakin kuat menyatakan bahawa saya perlu elakkan kimoterapi dan ambil alternatif. Akhirnya setelah istikharah saya bermimpi dengan sesuatu yang jelas. Peringatan, saya tidak anggap mimpi itu sebagai pemutus segalanya. Mimpi itu hanya menguatkan sahaja keputusan yang saya ingin ambil. Dari situ saya putuskan untuk memilih jalan saya sendiri.

DOKTOR DAN HOSPITAL TERPAKSA MENGABAIKAN SAYA

Dengan keputusan itu, akhirnya doktor dan hospital terpaksa mengabaikan saya. Kenapa? Itu adalah etika mereka. Bagi mereka, pesakit yang enggan melakukan kimoterapi seolah-olah memilih untuk membunuh diri. Maka, mereka tidak mahu bertanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya. Justeru, saya tidak salahkan pihak hospital ataupun doktor dalam hal ini. Begitulah cara mereka menghadapi pesakit kanser. Tiada pilihan yang diberikan kepada pesakit kanser melainkan kimoterapi. Bagi mereka, hanya kata dua. Kimoterapi atau mati. Itulah doktor yang ada di hospital hari ini. Sedangkan, dari segi aqidah yang menghidupkan dan mematikan adalah Allah sahaja. Malah masih ada orang yang masih hidup walaupun memiliki kanser bertahun-tahun. Cuma, saya ingin jelaskan bahawa jika anda mahu disisihkan dari hospital dan tidak mendapat layanan dari doktor. Maka, ada boleh memilih untuk tidak melakukan kimoterapi. Itu adalah etika dunia perubatan hari ini. 

ENAM  RAWATAN UTAMA SAYA

Saya sudah jelaskana bahawa dengan memilih untuk tidak melakukan kimoterapi bermakna saya perlu berusaha sendiri merawat penyakit saya. Ia bukan jalan yang murah, mudah dan senang. Malah, ia satu jalan yang mahal, sukar dan perlu kepada beberapa usaha. Apa yang boleh saya ringkaskan dalam proses merawat kanser ini adalah saya perlu melalui enam rawatan. 

1) RAWATAN JIWA

(Tanpa Kos / tapi memerlukan ilmu)

Tiada rawatan yang lebih utama dari rawatan jiwa. Iaitu memujuk diri sendiri untuk merasa 'syukur' atas apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu 'rahmat'. Jika kita memahami pesanan rasulullah SAW dengan baik. Terdapat nas yang jelas menyatakan bahawa penyakit adalah penghapus dosa dan pengangkat darjat di sisi Allah. Ia adalah satu 'tiket' untuk memudahkan kita ke syurga. Jadi, menerima tiket ke syurga adalah suatu yang patut disyukuri dan dianggap sebagai rahmat. 

Rawatan jiwa adalah lebih kepada menjaga hal fardhu sebaik mungkin dalam masa yang sama menjauhi dosa. Itu sahaja. Namun, untuk mencapai rasa tenang yang lebih mendalam. Kita perlu melakukan terapi zikrullah. Membaca ayat 33 setiap pagi dan petang serta melazimi apa-apa zikir yang senang untuk dilafazkan.

Sepanjang pemerhatian saya. Sekiranya sebaik disahkan mengidap kanser, pesakit tidak dapat mengawal emosi. Tidak mampu menerima takdir dengan redha. Penyakitnya akan menjadi sangat agresif dan tubuhnya akan menjadi lemah serta merta. Tiada guna meneruskan rawatan bagi orang yang sudah 'Mati' semangat dan sudah rosak 'Sangka baiknya' pada kehidupan. Ubat tidak akan mampu memberi banyak kesan jika jiwanya sudah punah.

2) RAWATAN PEMAKANAN (DIET)

(Kos harian sedikit bertambah)

Diet pemakanan adalah rawatan paling mujarab dalam mempastikan penyembuhan. Pemakanan seperti gula, daging merah, protein, produk tenusu, msg dan makanan segera adalah 'musuh' utama kepada tubuh pesakit kanser. Jika pesakit membuat kimoterapi atau apa sahaja rawatan tanpa mengamalkan diet yang betul. Semuanya akan jadi sia-sia. Kita melihat ramai pesakit kanser yang melakukan kimoterapi tetapi tiada perubahan, itu pasti kerana dietnya tidak betul.

Pengalaman saya sendiri, saya pernah melalui proses rawatan alternatif yang panjang. Pada awalnya saya masih boleh menahan 'pantang'. Tetapi, setelah berbulan-bulan menahan pantang. Saya tewas. Saya fikir diet hanya untuk beberapa bulan sahaja. Keadaan saya makin sihat dan saya 'sengaja' mengabaikan diet kerana selera makan yang tidak mampu dikawal. Akibatnya, keadaan saya menjadi sangat teruk dalam masa dua minggu sahaja. kanser saya menyerang organ utama seperti tulang belakang dan buah pinggang. Saya mula berpantang dengan serius semula. Alhamdulillah, keadaan masih boleh diperbaiki. 

Apabila saya merujuk kepada beberapa doktor yang mengidap kanser dan sembuh. Mereka memberitahu kepada saya satu perkara penting. Pantang pesakit kanser adalah selama 5 TAHUN. Iya, 5 Tahun. Kenapa perlu lima tahun. Ini kerana kanser tidak akan hilang dan boleh menyerang dalam masa lima tahun pertama. Jika anda sembuh dan sihat dari serangan selama 5 tahun. Barulah bermakna tubuh anda sudah mampu melawan kanser sepenuhnya. Namun, itu hanya kemungkinan sahaja. Jika anda kembali kepada diet yang teruk dan tidak sihat. Anda kemungkinan akan diserang oleh KANSER JENIS LAIN pula.

3) RAWATAN AYAT AL-QURAN

(Tanpa kos / hanya perlu usaha dan masa)

Rawatan ayat al-Quran adalah dengan merujuk kepada beberapa petikan ayat dari 8 surah.  Anda boleh carinya di dalam internet. Google dan cari "ayat melawan sel kanser". Bacakan ayat ini pada air untuk minuman dan mandian.

Boleh tengok di banyak web, antaranya :

http://kekalsehat.blogspot.com/2013/03/doa-dari-ayat-al-quran-untuk-rawatan.html

http://cancer-b17.blogspot.com/2012/01/doa-doa-untuk-memusnahkan-sel-sel.html

Namun, bagi yang mahu menemui perawat Islam di darul syifa. Saya memberi penekanan agar 'berbuat' demikian. Ini kerana kebanyakan penyakit KANSER ada kaitan dengan sihir dan jin. Ia adalah penyakit yang dibawa oleh makhluk halus. Saya mendorong dan menggesa tuan puan yang terkena kanser agar mencari PERAWAT ISLAM yang betul. Bukan mencari bomoh! 

4) RAWATAN B17

(Perlukan kos minimum sebanyak RM400 sebulan untuk produk ini)

B17 adalah vitamin yang wujud dalam biji aprikot dan pelbagai sayuran lain. Bagi saya adalah ubat yang 'Sangat mujabarab'. Saya tidak kata ia menyembuhkan, kerana bagi saya ALLAH SAHAJA PENYEMBUH segala penyakit. Namun, sepanjang saya mengambil B17. Saya sudah mencuba banyak produk biji aprikot. Saya tidak nafikan produk di pasaran semakin banyak. Cuma, hati-hati dengan penjual yang meletakkan harga sesuka hati. Saya sudah menemui peniaga yang harga produknya "DI BIBIR". Tiada tanda harga yang tetap. Hari ini sekian, esok harganya sekian. Peniaga seperti ini WAJIB DIJAUHI demi menjaga kewangan anda.

Saya syorkan pesakit mencari produk AFDHAL. Ia sudah dilabelkan, dipakejkan dengan baik, harganya sudah tetap dan dijual dalam pasaran menerusi kelulusan dari KDN. Ini produk yang telah mengubah banyak keadaan tubuh saya. Ia mujarab dan saya mengesyorkan agar tuan puan membeli produk ini. 

http://apricotseedworld.com/

Peringatan saya. Jika tuan puan mahu mencari vitamin B17. Cari dari orang yang 'jujur' dan tidak mengambil peluang.

5) RAWATAN OZON

(Kos yang agak mahal. Sekali rawatan sekitar RM350. Biasanya rawatan ini dibuat sebulan sekali atau sebulan dua kali)

Rawatan ozon agak mahal, tetapi berbaloi. iaitu rawatan mencuci darah. Ia bukan seperti dialisis. Rawatannya hanya sejam - sejam setengah. Ia bertujuan mengeluarkan toksik dalam darah, kolesterol dan menambahkan oksigen. Saya sudah melakukannya lebih dari 10 kali dan ia membantu saya untuk kembali sihat. Tidak kira apa jenis kanser, ia sangat membantu. Sekarangpun saya masih melakukannya. Pengalaman saya sendiri, sewaktu keadaan saya kembali kritikal disebabkan melanggar pantang. Saya terus ke pusat terapi ozon untuk mencuci darah. Keadaan saya langsung bertambah baik.

Justeru, bagi pesakit kanser yang punya 'wang lebih'. Jangan ragu-ragu mencuba rawatan ozon. Hampir semua pusat rawatan ozon di Malaysia ini dikendalikan oleh doktor dan jururawat. Tidak perlu risau dan ragu.

6) RAWATAN TRANSFER FACTOR

(Kos sangat besar. Sebulan perlu belanja RM2000 untuk mendapat dos yang berkesan bagi pesakit kanser)

Produk terakhir yang saya cadangkan ialah Transfer Factor. Ia MEMANG BERKESAN jika diambil dalam dos yang cukup. Tetapi, jika ia diambil dalam dos yang tidak cukup atau tidak betul. Kesannya akan menjadi semakin buruk. Justeru, saya menasihati pesakit yang mempunyai duit bulanan yang BANYAK dan TETAP sahaja boleh mengambil produk ini. Jika ada tidak cukup wang untuk mengekalkan pembelian setiap bulan. Saya nasihatkan anda jangan mencubanya. Kerana ia tidak berbaloi untuk mencuba sebulan dan berhenti. Sekurang-kurangnya ia perlukan masa tiga bulan sehingga setahun lebih. 

Saya sendiri terdesak mengambilnya kerana keadaan saya yang kritikal suatu masa dulu. Kini saya masih mengambilnya dalam dos yang minimum sahaja. Saya perlu tegaskan bahawa produk ini memang 'Berkesan' untuk memperbaiki sistem pertahanan tubuh dan kesihatan. Tetapi ia SANGAT MAHAL bagi orang yang berpendapatan sederhana seperti saya.

JUMPA PERAWAT YANG BETUL & JANGAN MUDAH AMBIL UBAT KAMPUNG

Saya mendoakan agar apa sahaja usaha yang tuan puan lakukan untuk berubat, semoga ia bertambah baik. Jangan putus berdoa dan meminta panduan dari Allah. Biar Allah bimbing kita setiap masa dalam membuat keputusan. Saya pernah dengar pesakit kanser yang sudah disahkan kanser oleh doktor pergi jumpa bomoh hantu. Ini perbuatan sia-sia malah membawa kepada syirik. Dua kali rugi. 

Satu lagi, jika ada orang menawarkan makanan organik seperti pucuk, daun, buah dan tumbuhan yang dikatakan 'mujarab' untuk melawan kanser. Jangan ambil dan makan selagi mana tidak jelas tentang dosnya. Ada orang yang minum air rebusan akar kayu. Minum sampai habis satu periuk, tiba-tiba kena serangan jantung. Ada yang makan ubat herba tanpa kelulusan KKM. Ada kesan sampingan. Sebaiknya, waspada dan jangan mudah terima produk yang 'dikempen' selagi mana belum ada pesakit kanser lain mengesyorkan. Sebaiknya, ambil beberapa kenalan yang mengidap kanser dan refer pada pemakanan mereka.

PENUTUP

Secara umumnya saya ingin nyatakan bahawa ini adalah artikel pertama yang saya tulis untuk berkongsi pengalaman. Saya juga ada bertemu dengan pesakit kanser lain dan mendengar pengalaman mereka. Namun, masa tak cukup untuk menulis panjang. Apapun saya ingin tegaskan bahawa "Kimoterapi" tetap ada kebaikan bagi 'golongan' tertentu yang tidak mempunyai masalah kewangan dan tekanan hidup. Bagi yang berkeadaan seperti saya, anda perlu menimbang sebelum membuat apa-apa rawatan. Semoga selamat menempuh kehidupan baru.

Terima kasih kerana sudi membacanya dari awal sampai akhir. Semoga mendapat manfaat.

Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 2 Oleh JustKhai

04:27 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

 

Image(8)

Di part 1, Khai ada tulis mengenai pengalaman Khai sebagai Full Time Blogger ketika ini. Ya di masa depan kita tak boleh ramal apa yang dah ditentukan Illahi. Jauh lagi perjalanan hidup Khai yang harus dilalui itupun kalau masih diizinkan untuk bernafas. Nak sambung study pun tak tercapai lagi ni. Entah mana melayang mood study yang kemain berkobar-kobar sebelum ni. Sigh~

Artikel kali ni mukadimah pendek je. Jadi Khai teruskan je la dengan part 2 yang akan menyentuh sedikit mengenai dunia pengiklanan. Kita semua tahu, website popular contohnya Google, Yahoo dan Facebook boleh memberi perkhidmatan kepada umum tanpa sebarang bayaran dari pengguna. Jadi dari mana pulak la kan mereka tu dapat cover balik modal bulanan website yang semakin hari semakin meningkat? Jawapan utamanya adalah dari pengiklanan. Totally from advertising!

Kita ambil Facebook atau Myspace sebagai contoh bagaimana pengiklanan mampu menguntungkan mereka. Senang je pun. Lebih tinggi pelawat maka lagi tinggi permintaan iklan. Dan setiap tempahan iklan yang diorang terima, memberikan keuntungan yang berbeza-beza dengan sekelip mata.

Facebook dan Myspace kedua-dua website ni menjual iklan based on CPM (Cost per Thousand Impression). Kalau pengiklanan nak iklan tu dilihat sebanyak 1000 kali, Facebook dah dapat keuntungan antara 1 hingga 10 dollar dari situ. Itu kalau pengiklanan nak iklan dia dilihat sebanyak 1000 kali je tapi selalunya ada yang nak mencecah juta kali kot. Dah berapa Facebook untung kat situ? Itu baru dari seorang pengiklanan. Kalau 10 juta tempahan pengiklananan, Khai rasa Facebook dah boleh beli negara Malaysia kita ni secara cash kot? Whoaa! Hehe.

Ok cuba korang bukak Facebook dan nengok kat Footer. Nampak yang Khai tanda warna merah kat gambar bawah ni?

Image(9)

Bukak Google pulak. Nampak?

Image(10)

Myspace? Nampak tak?

Image(11)

Image(12)Jadi sekarang korang tahu betapa pentingnya pengiklanan untuk sesebuah website untuk terus hidup. Samalah macam TV3. Korang nengok free je hari-hari tak perlu bayar macam Astro. Tapi TV3 iklan dia punyalah banyak sampai korang rasa nak lempang je muka Datuk Farid Ridzuan CEO TV3 tu. Tapi kita kena fahamlah kenapa TV Station percuma ni ada banyak iklan. Kalau takde iklan banyak macam tu, memang pekerja-pekerja TV3 mati kelaparan la tak bergaji. Rancangan kat TV3 tu pun jadi rancangan sampah jugak sebab takde duit nak beli cerita yang best-best macam Nur Kasih tu. Sepengetahuan Khai beberapa tahun lepas, satu iklan kat TV3 tu berharga RM60,000 dalam beberapa hari tempoh tayangan. Harga terbaru tak tahu la dah naik berapa memandangkan TV3 makin popular hari ni.

Itu sebabnya website popular dan tak popular harga iklan dia berbeza-beza. Tak logik untuk website tak popular nak letak harga iklan mahal-mahal sedangkan iklan tak dapat dilihat. Jadi kita perlu ada website yang popular bagi membolehkan pendapatan di jana. Jadi di sini, kebijaksaan si peng’iklan untuk memilih website yang benar-benar layak untuk meletakkan iklan amatlah perlu. Macam Oh! Artis, Khai running dengan harga pengiklanan yang amat rendah tetapi dengan unique hits website yang tinggi dan popular berbanding rival yang lainnya. Jadi siapa yang apply ads kat Oh! Artis tu adalah mereka yang bijak di mana lebih ramai yang bijak, lebih kencang Oh! Artis untuk beroperasi. Whoa!

Dari cerita kat atas, itu sebabnya kita perlu jana website sehingga dikenali ramai dan popular itu akan datang sendiri tanpa kita duga. Jangan buat satu dua blog, kemudian korang target nak jana income yang tinggi dari beberapa advertising program yang ada kat Malaysia ni. Kalau sekadar RM100 sebulan tu memang la boleh untuk tampung bil internet, tapi cukup ke nak tanggung kos kehidupan dalam sebulan? Tidak.

So Jangan berharap pada satu-satu blog sahaja. Come on. Up lagi banyak-banyak website. Buat brainstorm sikit untuk pilih weblog ber’niche’kan apa kemudian running terus jangan banyak bunyi lagi. Bila dah ada semua tu, baru fikir mengenai iklan. Bila blog dah benar-benar popular, akan ada banyak tempahan iklan dari perseorangan yang mahukan banner mereka di weblog kita. Itu kalau blog dah popular dan ada permintaan mengenai iklan dari orang perseorangan. Kalau takde permintaan, apa yang patut kita buat adalah mendaftarkan diri di beberapa syarikat pengiklanan tempatan yang ada (untuk blogger).

1. Innity

Image(1)Antara pilihan utama Khai dalam bidang pengiklanan di internet adalah Innity . Innity ni dah lama wujud cumanya bukan semua publisher iaitu blogger dan web developer boleh mendaftar. Mereka yang mempunya sebuah website dan blog yang agak tinggi sahaja akan diterima. Boleh lihat “site requirement ” kalau blog korang lepas atau tidak. Iklan Innity ni selalu dapat kita nengok di Hmetro, Forum Cari dan banyak lagi website popular lain.

Syarat Innity juga agak menarik di mana iklan Innity boleh saja dicampur satu tempat bersama iklan yang lain tidak seperti Nuffnang dan Advertlets yang tidak mengizinkan iklan lain dicampur dengan iklan mereka di sesebuah blog. Ini sebenarnya bagus kepada mereka tetapi tidak bagus kepada blogger. Kerana apa? Kerana pendapatan korang dah puh di’had’kan kepada satu sumber sahaja.

Berikut adalah bukti pendapatan Innity Khai di salah satu website Khai dan juga salah satu kempen yang sedang running.

Image(13)

* Klik untuk paparan saiz sebenar

Gambar kat atas ni pendapatan untuk 2 minggu pertama bulan Disember 2009 bagi sebuah website Khai dengan Innity dan Khai target untuk Innity sahaja di satu website tersebut maybe akan berjumlah dalam RM4,000 untuk bulan Disember ini.. W00t! Dengan Innity sahaja, Khai hanya perlu duduk dirumah bermain PES2010 tanpa perlu jadi seorang web developer atau Software Engineering atau pensyarah mungkin, untuk mencari sesuap nasi sambil mengkayakan orang lain. Wohha!

Update pendapatan March 2011:

Image

* Klik untuk paparan saiz sebenar

2. Nuffnang

Menyentuh tentang Nuffnang , Khai nak mohon maaf kepada newbie-newbie yang terasa masa Khai tegur dengan cara keras sebagai penulis blog jemputan di sebuah blog tempatan tempoh hari. Team-team klik Nuffnang ni dah semakin melampau. Bukan kita tak pernah tegur cara elok sebelum ni, tapi langsung tak di’endah’kan atau langsung tak terbukak mata dia untuk membaca. Bila kena tegur cara macam tu, masing-masing baru nak menggelupur macam kena santau. Dan itulah cara teguran sebenar untuk yang dungu tak reti dengar cakap.

Berbalik pada Nuffnang, pada pendapat peribadi khai Nuffnang ni memang boleh pergi jauh lah kalau apa yang mereka ada sekarang di teruskan dengan lebih baik. Tiada syarat untuk korang join Nuffnang even blog baru release 1 jam sekalipun. Cumanya di Nuffnang, untuk mendapatkan status Glitterati (geli hati hehe), korang tak boleh mencapuri iklan Nuffnang bersama iklan-iklan yang lain dari Asia. Itu sahaja syarat mereka kalau korang nak pendapatan lumayan dan pembayaran yang lebih cepat berbanding yang non-glitterati.

Berikut adalah cek pendapatan yang Khai terima hasil cashout tempoh 2 minggu juga bagi bulan November (Khai cashout duit iklan 2 minggu sekali). Dan ini pendapatan dari sebuah website yang tidak dicampuri dengan iklan-iklan lain termasuk Innity.

Image(14)

Khai dah dapat banyak sangat dah cek Nuffnang ni tapi semua Khai tak ambil gambar. Buat apa nak tunjuk-tunjuk kat blog kan? Tapi untuk entri kali ni, buat pertama kalinya Khai snap gambar dan upload untuk tatapan umum supaya korang sendiri boleh consider, dengan usaha berterusan apa yang menanti korang di hadapan.

Oh ya, Khai juga dah tolak jemputan Nuffnang untuk join Project Alpha #2. Maaf ya para blogger sekalian yang nak sangat Khai join. Khai lebih senang dikenali sebagai underground blogger berbanding menempa populariti sampai orang kampung pun nak mintak sign otograph kejap lagi. Hahahaha! Tak kose i.

3. Advertlets

Advertlets ni adalah sebuah rival terkuat dari Nuffnang. Advertlets pada awalnya lebih berkuasa dari Nuffnang bukan seperti apa yang korang nampak dan nilai sekarang. Sehingga satu-persatu masalah yang datang merosakkan reputasi Advertlets sedia ada. Seingat Khai, bermula dengan domain yang expired sehingga menyusahkan ramai blogger yang blog tak dapat load kerana iklan Advertlets yang domain’nya dah expired tersebut telah redirect’kan setiap website ke sebuah web landing. Bermula dari situ, ramai blogger telah mengeluarkan iklan Advertlets dari blog dan berasa serik.

Kemudian diikuti dengan masalah pembayaran yang tidak berkesudahan. Tetapi sekarang Advertlets kembali memuncak apabila memberikan banyak advertorial kepada blogger-blogger bertuah serta melunaskan duit pembayaran blogger yang telah lama tertunggak. Untuk yang masih menggunakan Advertlets dan ingin request pembayaran iklan terdahulu, boleh hubungi mereka melalui email dengan cara baik dan berhemah.

Itu kalau korang masih pakai Advertlets lah. Kalau tidak, memang ianya tidak akan dilayan. Ialah kan, sokongan penuh diperlukan untuk siapa-siapa pun kembali bersaing seperti dulu dan ini berita baik untuk semua blogger menandakan dunia blogger di Malaysia ni semakin berkembang maju seiring dengan kelajuan internet Malaysia yang tak lama lagi dah pun 15mbps. Wohha!

Tiada screenshot untuk pendapatan dari Advertlets buat masa ni mahupun cek, sebab diorang selalu bankin je dalam akaun Khai. Apapun cuma nak cakap yang Advertlets memang bayar tak kiralah siapa pun. Bukan pilih bulu atau apa. Kena dengan cara ok lah. Pendapatan Khai dengan Advertlets ni ada lah dalam 6 ke 7 ribu.

4. Lain-lain

Buat masa ni, selain 3 yang kat atas ni bagi Khai nonsense, merapu dan ntah-apa-apa. Catcheye la, Gokita la or whatsoever yang entah wujud entah tidak lagi tak payah la korang buat masa nak join melainkan mereka menunjukkan prestasi yang baik dari segi pembayaran, kempen dan sebagainya. Kalau nak join juga, itu hak korang. Khai senyum je. Hehehe.

******************************

Ok segala-galanya tentang 3 syarikat pengiklanan di atas telah di ceritakan untuk bacaan pembaca blog ini. Itu tak termasuk kalau korang obses dengan pengiklanan secara terus dari reader tanpa pihak ketiga, advertorial atau sebagainya.

Tiada apa-apa dengan artikel ini dari segi personal’nya. Hanya berkongsi pengalaman buat sesiapa yang berminat sahaja moga buat korang semua yang tercari-cari kebenaran sejauh mana blog boleh buat duit, adalah something kat atas tu yang akan membakar semangat korang untuk lebih berusaha.

Dan ini mungkin kali pertama dan terakhir Khai ceritakan mengenai pengalaman sebagai Full Time Blogger walaupun di awal usia 21 Tahun. Kalau Khai boleh korang lagi la boleh. Korang buat sesuatu yang korang nak, dan korang terima ganjaran seadaanya. Tak perlu join affiliates, ebook or whatsoever tu. Bagi Khai, itu semua bullshet!

Biar kita ramai-ramai jadi Full Time Blogger. Woohhaaa!

Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1 Oleh Just Khai

04:25 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

WARNING! ARTIKEL INI AGAK PANJANG JADI PASTIKAN ADA MASA YANG LAPANG UNTUK MEMBACA. DAN IANYA KHAS UNTUK MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER SEPENUH MASA

Image(7)

Hoi korang! eh kurang ajarnye.. haha.. ok kita tukar..

Wei korang! pun macam kurang ajar gak.. takde adab main wei wei pulak. Kita tukar lagi..

Oit!! Oit!! Ni lagi biadap. Hahaha!

Assalamualaikum korang! Haaa ini baru betul cara orang Islam. Dan salam sejahtera buat pembaca Justkhai yang bukan beragama Islam. Hari ni Khai nak membebel pasal kerjaya seorang blogger. Sejauh mana kerja macam ni boleh pergi berdasarkan pengalaman sendiri yang baru bernafas di bumi Allah selama 21 tahun ni. Mungkin 40 tahun lagi, mungkin 20 tahun lagi, mungkin 1 tahun lagi, mungkin sebulan lagi, mungkin seminggu lagi, mungkin 1 hari lagi atau mungkin 1 jam lagi akan meninggalkan dunia yang fanak ini.

Untuk yang mengenali Khai secara in-person dia tahu sangat la apa Khai buat sekarang. Hari-hari duduk bilik tak keluar nengok matahari. Malam baru keluar lepak mamak. Kalau rajin sikit baru la keluar be’rekriasi nengok wayang, shopping, lepak-lepak tasik macam orang normal yang lain. Itu tak bermakna Khai tak normal cumanya Khai rasa cara hidup Khai sekarang atas apa yang Khai inginkan. Pilihan masing-masing la kan?

Kerjaya Khai Sebelum Ini?

Di usia semuda ini, Khai cuba menjadikan Blogging sebagai satu medium pekerjaan yang mungkin tak berani dicuba orang lain. Tapi Khai sempoi. Hidup biar sedap bak kata orang. Apapun apa yang akan Khai cerita ni, berdasarkan dari pengalaman Khai dan Khai tak jamin semua orang boleh lakukan perkara yang sama.

Khai bukan tak pernah bekerja di mana-mana syarikat terutamanya di dalam bidang Multimedia. Belum habis study, Khai dah ikat contract dengan Asia Media (Puchong) di mana syarikat ni buat advertising dalam bas RapidKL. Masuk ke alam praktikal, Khai contract 5 bulan di Limkokwing University di mana tempat Khai sendiri menuntut ilmu yang kebanyakkannya Khai sendiri pun dah tahu (sigh). Tapi takpe kita re-call balik apa-apa yang dah terlupa. Itulah kuasanya “rajin explore” di mana lecturer hanya sekadar “ada ada” je. Lecturer pun kadang-kadang ada yang jenis malas. Ajar tak sampai 5 minit dah suruh student cari sendiri dalam internet. Apejadah la ko jadi lecturer macam tu? Baik budak-budak ni tak payah masuk University. Suruh semua belajar sendiri kat internet je.

Berbalik kepada alam praktikal, Khai menjalani dunia latihan industri di Centre of Content Creation (CCC) di mana CCC ni adalah badan khas yang bertanggungjawab membina segala macam website di bawah network Limkokwing University dan segala-bapak jenis Multimedia yang ada. Tamat praktikal dan graduate , Khai sepatutnya kerja terus kat situ, tapi Khai tarik diri sebab ada offer dari syarikat lain. Selain itu kerana…

1. Bos seorang bangsa cina dari Mauritius kalau tak silap. Perangai dia ni jangan cakap Khai je yang tak tahan. Semua dalam office tu pun rasanya kalau diberi peluang tumbuk muka mamat tu, rasanya kene tumbuk sampai lumat kot? Walaupun bos paling besar adalah Timothy Lim (anak Tan Sri Lim Kok Wing) yang baik gila selalu lepak dengan Khai merokok sama-sama (masa tu saya adalah perokok ok! Haha), dia pun tahu rasa mengambil hati pekerja.

2. Khai seorang je bangsa Melayu dalam office tu. Ianya tak menjadi masalah langsung sebenarnya sebab memang best bekerja dengan cina berbanding melayu di mana mereka ni tak kedekut ilmu dan banyak perkara Khai belajar dari mereka. Asal kita pandai bergaul dan jangan poyo, no hal beb!

3. Iyalah. Cumanya bila keluar makan Khai sorang. Balik kerja Khai sorang dan sebagainya membuatkan Khai bosan. Environment la orang cakap. Kurang seronok kerja macam tu. Kita hidup bukan untuk kerja tapi kerja untuk hidup.

4. Member-member yang praktikal sekali kat situ tapi dalam bidang lain semuanya tak continue kerja kat sana. Tinggal Khai seorang. Siapa nak melepak dengan Khai kat Cyberjaya tu nanti? Kalau korang biasa dengan Cyberjaya, korang boleh mati kering kebosanan kalau takde kawan kat situ. Oh! Tidak.

Lepas tu Khai kerja beberapa hari di sebuah syarikat guaman di De Palma Hotel, Ampang. Tapi dalam bidang Multimedia lah. Gila apa nak jadi lawyer. Loyer buruk tahu le. Haha! Tempat ni pun sangat ok sebab betul-betul suasana office yang bebas tapi atas sedikit masalah komunikasi, Khai tarik diri juga sebab tak tahan dengan karenah. Mungkin juga sebab keadaan masa tu tak mengizinkan untuk Khai follow arahan-arahan pelik mereka. Masa tu tengah struggle gila nak siapkan report untuk Industrial Training.

Beberapa bulan lepas tu, Khai kerja di sebuah Syarikat Hosting di Shah Alam. Ini pun tak lama kot sebabnya tak tahan dengan Environment kat situ. Itu sebabnya keluar entri Ada Apa dengan Shah Alam. Maaflah orang Shah Alam. Khai bukannya niat nak mengutuk tempat tu ke apa. Tapi Khai sekadar tulis apa yang Khai rasa untuk disemadikan di blog ini. Kalau korang rasa Shah Alam tu tempat paling marvelous, itu kehendak masing-masing la kan. Kita tak perlu nak menafikan apa yang orang lain rasa. Itu yang dia rasa. So dia tahu. WYSIWYG! Tahu ape? What You See Is What You Get! Hehehe.

Dan selepas itu.. I just give-up! Super give-up untuk bekerja di bawah tekanan, bekerja di bawah arahan orang, di bawah keranah orang dan kerja meng’kaya’kan orang lain. Full Stop!

Memilih Blogging sebagai kerjaya sepenuh masa

Image

Cuba kita pandang keliling kita kehidupan orang bekerja pejabat ni. Ramai yang bangun pagi tak sempat gosok gigi (kes bangun lambat la ni) dah kelam-kabut pergi office. Nanti bos marah pulak. Dalam perjalanan pergi dah tekanan masa jem. Keluar pagi balik petang pun Jem jugak. Tambah karenah orang-orang kat tempat kerja pulak lagi la tekanan sampai dah balik rumah pun nak bad mood memanjang mengalahkan orang perempuan period. Bila malam baru pukul 12 lepak-lepak dengan member kat mamak (bola pun baru nak start), dah kena balik rumah nak tidur. Esok nak kerja katanya. Maka pulanglah dengan muka tak ikhlas dan hati yang berat untuk bekerja esok harinya. Fikirkan tentang kalau tak kerja, takut tak makan pulak.

Cuba kita lihat keliling kita kehidupan seorang blogger sepenuh masa pula. Tidur ikut sukahati mak bapak dia. Malam nak lepak sampai pukul berapa pun no problem sebab selagi bukan hal penting, dia boleh manage masa dia untuk kawan-kawan. Lepas solat subuh baru tidur dan bukannya siap-siap untuk ke pejabat. Lepas tu bangun pun sukati mak bapak dia jugak. Haha. Orang lain tengah bulan akan sengkek, tapi blogger senyum je. Orang lain sakit jiwa dengan kerenah bos dan kesesakkan jalan raya, blogger tengah syok duduk rumah goyang kaki layan Youtube sambil makan Twisties dan air Twister. Whoaa!

Dan buat masa sekarang ni, Khai memilih untuk kehidupan yang lebih mengikut apa yang kita mahu. Bukan hidup di dalam keterpaksaan atau arahan. Hidup ini hanya sementara jadi hiduplah dari apa yang kita mahu dan kejarlah atas apa yang kita inginkan. Dan untuk hidup dengan apa yang kita impikan, usaha berterusan perlu ada dan tawakkal menjadi peneman diri.

Dalam soal ni, Khai hargai sangat family Khai yang faham apa yang Khai inginkan dalam hidup dan menghormati keputusan Khai untuk memilih jalan kehidupan yang begini.

Apapun, paling penting minat korang nak buat dari blog. Budak 5 tahun pun boleh ada blog kalau setakat hobi. Kalau minat korang bukan pada internet dan blog, jangan sesekali nak cari duit dari blog. Korang SUSAH nak berjaya. Lepas tu masuk part usaha pulak. Tanpa usaha, korang TAKKAN boleh berjaya. Nak berusaha pun ada caranya.

Jangan jadi Internet Marketer yang bodoh pergi SPAM email orang lain dengan produk-produk ebook bodoh. Itu cari rezeki bangsat dan menyusahkan orang namanya. Agak pelik kenapa wujud Internet Marketer yang mengajar orang untuk ber’business melalui penghantaran email secara rawak ke alamat-alamat email orang lain tanpa diminta. Come on lah. Kalau diri kita tak suka dapat email-email macam tu, hormatlah juga privasi orang lain. Kan dah ter’emo. Ampun-ampun. Hehe.

Ada Apa dengan Blogger ni?

1. Blogger/Internet Marketer ni kalau korang jumpa kat dunia nyata, dia pun sama macam korang. Apa yang dia borakkan tu adalah diri dia. Apa yang dia tulis di blog adalah ilmu, kata hati, pengetahuan dan naluri dia which is dia tak ceritakan di kedai-kedai mamak atau in-person melainkan bila blogger bertemu blogger. Blogger sebenarnya di internet tak jadi sepenuhnya diri dia yang sebenar tetapi lebih mementingkan trademark tersendiri. Sebab tu kalau ada yang cakap blog Justkhai ni banyak warna pink dan owner dia pondan/gay, korang memang silap besar! Better elakkan diri dari bertembung, nanti ada yang makan nasi guna straw. Time tu korang tahu pondan ke tak. Haha.

2. Blogger selalunya pengetahuannya lebih luas dari mereka yang kerja di pejabat. Di pejabat masing-masing dah ada skop kerja khas masing-masing. Tetapi blogger ni skop kerja yang sangat luas. Macam-macam perkara yang perlu dilakukan. Dan semua kerja-kerja tu bakal membuahkan hasil. Tahu design theme, korang boleh jual theme tu. Tahu setup blog WordPress dengan complete, korang boleh buat business dari segi tu dan macam-macam lagi. Blog dah popular atas usaha berterusan, korang letak iklan.

3. Blogger yang menghabiskan masa di internet, selalunya bukan membuang masa tetapi setiap masa selain tidur, ianya terisi dengan ilmu. Macam Khai, setiap saat yang Khai lakukan bila buka internet, Khai akan cuba penuhi dengan segala macam ilmu. Tutorialized adalah Universiti Khai, Google adalah guru Khai, Berita Harian Online , Harakah Daily, Malaysia Kini, Metro Online dan Utusan Online adalah sahabat gosip Khai, Digg adalah perpustakaan Khai dan PES 2010 adalah bahan lucah penghilang tension. Wohha!

Pendek kata, setiap jam memberikan ilmu yang baru..

Untuk itu..

Kesimpulannya, artikel ni part 1 ini bukan saja menjurus pada pengenalan kehidupan seorang blogger sepenuh masa. Ianya sama juga kalau korang buat keputusan untuk jadi freelancer, full time web designer dan sebagainya. Mengikut pada bakat yang dikurniakan Allah lah. Ingat, bukan semua orang terpilih untuk menjadi seperti itu dan jika korang adalah satu dari antaranya, maka bersyukurlah dan hargainya sebaik mungkin.

Itulah Khai pernah keluarkan statement dalam satu artikel kat Justkhai ni dulu. Kalau dulu mak bapak awek korang tanye korang kerja apa dan kalau korang jawab dengan pekerjaan selain doktor, peguam atau engineer korang akan nampak la muka mak bapak perempuan tu macam lempeng basi. Kot-kot esoknya ada doktor yang datang meminang anak dia, memang muka korang pulak la yang jadi lempeng basi lepas tu.

So zaman sekarang, bila mak bapak awek korang tanye korang kerja apa dan korang jawab Full Time Blogger/Internet Marketer, biar mereka tahu betapa cool’nya bakal menantu dia. InsyaAllah anak dia takkan mati tak makan. Mati sebab menderita tak dapat nafkah batin tu mungkin kalau dah suami duk sibuk dengan blog je sampai tak perasan isteri sedang kegersangan. Whoaa!

Apapun dalam part 2 nanti akan Khai ceritakan lebih detail mengenai soal duit. Ini soal paling penting dalam dunia blogging sepenuh masa. Khai takkan buang masa nak cerita kalau Khai tak melaluinya. Nuffnang? Advertlets? Innity? Google Adsense? Stay tune…

Update:
Part 2 released!!

Ulasan Presiden PAS Berkaitan Konflik Syiria

04:23 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat.

Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.

Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.

Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.

Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya.
Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel.Semua ini menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.

Dalam masa yang sama, negara kuasa besar khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam.
Kumpulan Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka. Ia diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa.  Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.

Sebelum daripada perkembangan ini, tercetus perang di Selatan Lubnan dan selepasnya serangan terhadap Ghazzah. Kedua peristiwa percubaan Israel ini yang menyerang bagi menghapuskan ancaman terhadap negara haram itu menemui kegagalan yang memalukan.
Percubaannya gagal walaupun dengan bantuan negara-negara rakan Israel dan sokongan terbuka dan tersembunyi oleh negara-negara Arab yang bersahabat dengan Israel.
Kesemua negara Arab dan negara Islam itu menerima konsep Road Map tajaan kuasa besar yang bertanggungjawab menubuhkan Israel. Ia juga ekoran dicetuskan isu ancaman teknologi nuklear Iran, walaupun di atas tujuan perbekalan tenaga, bukannya persenjataan kerana diharamkan oleh agama Islam seperti dinyatakan oleh para pemimpinnya.

Sebaliknya Israel pula telah memiliki senjata nuklear sejak tahun enam puluhan lagi, dengan tidak menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa yang mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Sebarang tindakannya yang dikira menceroboh dan mengganas dengan nyata diselamatkan dengan kuasa veto oleh kuasa besar pelindungnya jika ada sebarang keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Inilah dia undang-undang rimba yang diamalkan di peringkat antarabangsa iaitu siapa yang kuat dia selamat.

PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat.

Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel dan sekutunya.

Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah).

Pihak yang melawan kerajaan Syria pula melibatkan kumpulan Islam dan bukan Islam. Mereka dibekal dengan bermacam bantuan termasuk senjata dan ada yang diberi di atas nama Islam dengan agenda menegakkan kerajaan baru yang menyelamatkan Israel melalui gabungan kerjasama kumpulan Islam yang tidak kuat dengan kumpulan sekular yang berpangkalan di negara Barat yang lebih diperkuatkan supaya menguasai gerakan perubahan.

Media Israel melaporkan kenyataan pemimpin kerajaan dan tentera Israel bahawa mereka mahukan perubahan yang bukan berteraskan Islam yang lebih menyelamatkan Israel. Jika tidak maka Bashar Assad perlu diteruskan berkuasa pada tempatnya. Ini kerana perubahan yang memberi kemenangan kepada kumpulan Islam seperti di Mesir, Tunisia dan Libya lebih menjadi ancaman kepada keselamatan Israel.

Usaha mereka bukan sahaja menyekat ancaman terhadap Israel daripada utara dan selatannya, tetapi juga dilakukan bagi menghapuskan kekuatan Iran dan kemajuan teknologinya.

Beberapa bulan yang lalu media Barat mendedahkan perselisihan pendapat di kalangan Zionis Yahudi berhubung keperluan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang pernah dilakukan ke atas janakuasa tenaga nuklear Iraq di tahun 70-an di masa Saddam Husain.

Usaha juga dilakukan dengan menggunakan Iraq di zaman Saddam bagi menyerang Iran yang baru berjaya dalam Revolusi Islam menjatuhkan regim Shah yang pro Barat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju supaya Iran diserang habis-habisan. Mereka ialah kalangan pelampau Zionis yang berada dalam negara haram Israel.

Ada juga yang tidak bersetuju Iran diserang. Mereka ialah kumpulan Zionis yang berada di Amerika dan Eropah. Mereka bimbang tindakan itu akan menyuburkan gerakan anti Zeonis dikalangan masyarakat barat apabila berlakunya krisis sampingan selepas serangan itu.

Bagi melaksanakan agenda yang nyata dan tersembunyi ini, maka sudah tentu Amerika dan sekutunya menjadi penyumbang besar bagi menjayakan cita-cita keselamatan negara haram Israel. Kepada mereka yang dapat membaca medan politik secara sepak terajangnya, bukan secara akademik sahaja, perlu difahami bahawa politik perlu dibaca dengan dua aspek iaitu akademik yang bersurat dan sepak terajang yang tersirat. Betapa agenda melagakan umat Islam yang pernah menjatuhkan kerajaan Othmaniyah di awal abad yang lalu sedang diulangi senarionya.
Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Othmaniyyah terhadap wilayahnya. Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu.

Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lorans dan rakan-rakannya Arab dibantu untuk menentang Turki Otmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.

Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing mengikut road map Sykes Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya. Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut.

Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.

Yang kedua, melagakan umat dengan mazhab yang ramai pengikut. Pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam dan menjadi mazhab kerajaan Othmaniyyah yang bermazhab Hanafi, dilagakan dengan mazhab Syiah Imamiyyah yang ramai penganutnya di Iran, Iraq dan Selatan Lubnan dan menjadi mazhab Shah Iran di masa itu. Mazhab Zaidiyyah yang sebahagian besar pengikutnya di Yaman dan juga menjadi mazhab raja yang bergelar Imam yang memerintah Yaman.

Ada pun Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah. Syah Iran dan Imam Yaman berperang dengan kerajaan Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.

Malangnya dalam pergolakan yang berlaku di Syria dan perang yang masih dingin di antara Iran dan negara Barat dan sekutunya, isu nasionalisme dan mazhab dihidupkan semula. Dihidupkan semula galakan semangat nasionalisme di kalangan umat Islam sehingga meletakkan ajaran Islam yang boleh menyatukan umat dan akhlaknya yang mulia dilupakan.

Masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang satu dihidupkan semula. Sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja, tetapi dihidupkan bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah.

Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain dikalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq.

Di samping menyebarkan mazhab-mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda laga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.

Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.

Pandangan semua ulama dicatit menjadi kajian, termasuk pendapat paling lemah kerana keadaan situasi dan realiti yang boleh berubah. Kesilapan dalam perkara rukun diperbetulkan dengan kebijaksanaan.

Maka paling menariknya berlaku perkembangan Islam secara damai lebih pesat daripada ketika berperang. Allah mengajar penganut Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya umat Islam bersatu di atas dasar dan konsep Islam serta menggunakan pendekatan damai dan strategik dengan masyarakat bukan Islam.

Walaupun Rasulullah S.A.W. sudah wafat dan para sahabat generasi awal Islam berbeza pendapat siapakah pengganti Rasulullah S.A.W. selepas wafatnya sehingga melahirkan mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij. Namun mereka bersatu bersama para Khulafa Rasyidin R.A. dalam menghadapi cabaran dan menyebarkan Islam sehingga berjaya selama beberapa abad. Mereka yang jahil dan melampau disingkirkan daripada masyarakat umat yang besar.

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar al-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah yang beribukan salah seorang daripada zuriyat Abu Bakar Al Siddiq R.A. Semua para ulama yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah dan mendokong sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan.

Adapun pertelingkahan yang tajam selepasnya, berlaku di kalangan para jahil daripada semua pihak. Langkah penubuhan Majma’ Fiqh di bawah OIC yang melibatkan para ulama daripada semua mazhab itu adalah sangat positif bagi umat Islam.

Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. Malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada sembilan ribu hadith yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak.

Adapun langkah membiarkan kuasa asing yang dijemput menyelesaikan masalah hanya mengulangi sejarah lama yang wajib dilipat dan dikebumikan. Kalau mahu menghidupkan semula dalam pergolakan di Syria terkini akan terlaksana sejarah lama yang mengundang singa dan buaya. Natijahnya kalau selamat daripada mulut harimau akan masuk ke dalam mulut buaya.

* Penulis adalah anggota Parlimen Marang yang juga Presiden PAS

Adab Dalam Jemaah

03:56 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

1) Pemimpin bila ingin buat keputusan, banyak asas pertimbangan seperti ibu-bapa kita.

2) Jadilah anak yang baik, iaitu ahli jemaah yang akur dgn keputusan pemimpin jemaah, walaupun ianya bersalahan dengan keinginan/prinsip kita.

3) Apatah lagi pembuat keputusan ini adalah Majlis Syura iaitu badan yang tertinggi dalam parti.

4) Penghormatan/ kepercayaan  kita pada kepimpinan itu sangat besar dan ianya adalah satu kekuatan dalam jemaah.

5) Ambo hormat pada pimpinan, tetapi sayang pada jemaah (statement Hanipa). Dato Nik Amar tanya, nak pergi kemana jemaah tanpa pimpinan? apatah lagi pimpinan itu tidak melanggar syarak dan hukum. Lainlah kalau keputusan itu kearah kemaksiatan. Dari segi adab, kita kena terima.

6) Tuduh statement pimpinan itu adalah pandangan peribadi bukan pandangan parti. Jadi dimana harga pimpinan yang dilantik? Kalau semua perkara yang Presiden bagitau itu adalah peribadi? Dan mana harga seorang pemimpin parti jika tidak boleh buat keputusan parti? Mana nilai seorang ketua/presiden sebagai seorang ayah, ketua, orang tua dan pimpinan dalam jemaah?
7) Bukan semua keputusan parti kena dengan fikiran kita, tapi kita kena hormat. Sebab ianya adalah satu keputusan. Akur. Jangan hanya nak ikut pemimpin jika keputusan hanya kena dengan angin kita sahaja.

3.8.13

Convert WMV into AVI with Ubuntu

05:05 Posted by Shichibukai Encraptor No comments
sudo apt-get install mencoder
mencoder infile.wmv -ofps 23.976 -ovc lavc -oac copy -o outfile.avi


Kalau nak buat banyak2 video:

find ~/VIDEOS type -f -name "*.WMV" -exec mencoder {} -ovc xvid -oac mp3lame -srate 44100 -af lavcresample=44100 -xvidencopts fixed_quant=4 copy -o {}.avi \; 

Just substitute ~/VIDEOS for whatever dir you want to search.