Di part 1, Khai ada tulis mengenai pengalaman Khai sebagai Full Time Blogger ketika ini. Ya di masa depan kita tak boleh ramal apa yang dah ditentukan Illahi. Jauh lagi perjalanan hidup Khai yang harus dilalui itupun kalau masih diizinkan untuk bernafas. Nak sambung study pun tak tercapai lagi ni. Entah mana melayang mood study yang kemain berkobar-kobar sebelum ni. Sigh~
Artikel kali ni mukadimah pendek je. Jadi Khai teruskan je la dengan part 2 yang akan menyentuh sedikit mengenai dunia pengiklanan. Kita semua tahu, website popular contohnya Google, Yahoo dan Facebook boleh memberi perkhidmatan kepada umum tanpa sebarang bayaran dari pengguna. Jadi dari mana pulak la kan mereka tu dapat cover balik modal bulanan website yang semakin hari semakin meningkat? Jawapan utamanya adalah dari pengiklanan. Totally from advertising!
Kita ambil Facebook atau Myspace sebagai contoh bagaimana pengiklanan mampu menguntungkan mereka. Senang je pun. Lebih tinggi pelawat maka lagi tinggi permintaan iklan. Dan setiap tempahan iklan yang diorang terima, memberikan keuntungan yang berbeza-beza dengan sekelip mata.
Facebook dan Myspace kedua-dua website ni menjual iklan based on CPM (Cost per Thousand Impression). Kalau pengiklanan nak iklan tu dilihat sebanyak 1000 kali, Facebook dah dapat keuntungan antara 1 hingga 10 dollar dari situ. Itu kalau pengiklanan nak iklan dia dilihat sebanyak 1000 kali je tapi selalunya ada yang nak mencecah juta kali kot. Dah berapa Facebook untung kat situ? Itu baru dari seorang pengiklanan. Kalau 10 juta tempahan pengiklananan, Khai rasa Facebook dah boleh beli negara Malaysia kita ni secara cash kot? Whoaa! Hehe.
Ok cuba korang bukak Facebook dan nengok kat Footer. Nampak yang Khai tanda warna merah kat gambar bawah ni?
Bukak Google pulak. Nampak?
Myspace? Nampak tak?
Jadi sekarang korang tahu betapa pentingnya pengiklanan untuk sesebuah website untuk terus hidup. Samalah macam TV3. Korang nengok free je hari-hari tak perlu bayar macam Astro. Tapi TV3 iklan dia punyalah banyak sampai korang rasa nak lempang je muka Datuk Farid Ridzuan CEO TV3 tu. Tapi kita kena fahamlah kenapa TV Station percuma ni ada banyak iklan. Kalau takde iklan banyak macam tu, memang pekerja-pekerja TV3 mati kelaparan la tak bergaji. Rancangan kat TV3 tu pun jadi rancangan sampah jugak sebab takde duit nak beli cerita yang best-best macam Nur Kasih tu. Sepengetahuan Khai beberapa tahun lepas, satu iklan kat TV3 tu berharga RM60,000 dalam beberapa hari tempoh tayangan. Harga terbaru tak tahu la dah naik berapa memandangkan TV3 makin popular hari ni.
Itu sebabnya website popular dan tak popular harga iklan dia berbeza-beza. Tak logik untuk website tak popular nak letak harga iklan mahal-mahal sedangkan iklan tak dapat dilihat. Jadi kita perlu ada website yang popular bagi membolehkan pendapatan di jana. Jadi di sini, kebijaksaan si peng’iklan untuk memilih website yang benar-benar layak untuk meletakkan iklan amatlah perlu. Macam Oh! Artis, Khai running dengan harga pengiklanan yang amat rendah tetapi dengan unique hits website yang tinggi dan popular berbanding rival yang lainnya. Jadi siapa yang apply ads kat Oh! Artis tu adalah mereka yang bijak di mana lebih ramai yang bijak, lebih kencang Oh! Artis untuk beroperasi. Whoa!
Dari cerita kat atas, itu sebabnya kita perlu jana website sehingga dikenali ramai dan popular itu akan datang sendiri tanpa kita duga. Jangan buat satu dua blog, kemudian korang target nak jana income yang tinggi dari beberapa advertising program yang ada kat Malaysia ni. Kalau sekadar RM100 sebulan tu memang la boleh untuk tampung bil internet, tapi cukup ke nak tanggung kos kehidupan dalam sebulan? Tidak.
So Jangan berharap pada satu-satu blog sahaja. Come on. Up lagi banyak-banyak website. Buat brainstorm sikit untuk pilih weblog ber’niche’kan apa kemudian running terus jangan banyak bunyi lagi. Bila dah ada semua tu, baru fikir mengenai iklan. Bila blog dah benar-benar popular, akan ada banyak tempahan iklan dari perseorangan yang mahukan banner mereka di weblog kita. Itu kalau blog dah popular dan ada permintaan mengenai iklan dari orang perseorangan. Kalau takde permintaan, apa yang patut kita buat adalah mendaftarkan diri di beberapa syarikat pengiklanan tempatan yang ada (untuk blogger).
1. Innity
Antara pilihan utama Khai dalam bidang pengiklanan di internet adalah Innity . Innity ni dah lama wujud cumanya bukan semua publisher iaitu blogger dan web developer boleh mendaftar. Mereka yang mempunya sebuah website dan blog yang agak tinggi sahaja akan diterima. Boleh lihat “site requirement ” kalau blog korang lepas atau tidak. Iklan Innity ni selalu dapat kita nengok di Hmetro, Forum Cari dan banyak lagi website popular lain.
Syarat Innity juga agak menarik di mana iklan Innity boleh saja dicampur satu tempat bersama iklan yang lain tidak seperti Nuffnang dan Advertlets yang tidak mengizinkan iklan lain dicampur dengan iklan mereka di sesebuah blog. Ini sebenarnya bagus kepada mereka tetapi tidak bagus kepada blogger. Kerana apa? Kerana pendapatan korang dah puh di’had’kan kepada satu sumber sahaja.
Berikut adalah bukti pendapatan Innity Khai di salah satu website Khai dan juga salah satu kempen yang sedang running.
* Klik untuk paparan saiz sebenar
Gambar kat atas ni pendapatan untuk 2 minggu pertama bulan Disember 2009 bagi sebuah website Khai dengan Innity dan Khai target untuk Innity sahaja di satu website tersebut maybe akan berjumlah dalam RM4,000 untuk bulan Disember ini.. W00t! Dengan Innity sahaja, Khai hanya perlu duduk dirumah bermain PES2010 tanpa perlu jadi seorang web developer atau Software Engineering atau pensyarah mungkin, untuk mencari sesuap nasi sambil mengkayakan orang lain. Wohha!
Update pendapatan March 2011:
* Klik untuk paparan saiz sebenar
2. Nuffnang
Menyentuh tentang Nuffnang , Khai nak mohon maaf kepada newbie-newbie yang terasa masa Khai tegur dengan cara keras sebagai penulis blog jemputan di sebuah blog tempatan tempoh hari. Team-team klik Nuffnang ni dah semakin melampau. Bukan kita tak pernah tegur cara elok sebelum ni, tapi langsung tak di’endah’kan atau langsung tak terbukak mata dia untuk membaca. Bila kena tegur cara macam tu, masing-masing baru nak menggelupur macam kena santau. Dan itulah cara teguran sebenar untuk yang dungu tak reti dengar cakap.
Berbalik pada Nuffnang, pada pendapat peribadi khai Nuffnang ni memang boleh pergi jauh lah kalau apa yang mereka ada sekarang di teruskan dengan lebih baik. Tiada syarat untuk korang join Nuffnang even blog baru release 1 jam sekalipun. Cumanya di Nuffnang, untuk mendapatkan status Glitterati (geli hati hehe), korang tak boleh mencapuri iklan Nuffnang bersama iklan-iklan yang lain dari Asia. Itu sahaja syarat mereka kalau korang nak pendapatan lumayan dan pembayaran yang lebih cepat berbanding yang non-glitterati.
Berikut adalah cek pendapatan yang Khai terima hasil cashout tempoh 2 minggu juga bagi bulan November (Khai cashout duit iklan 2 minggu sekali). Dan ini pendapatan dari sebuah website yang tidak dicampuri dengan iklan-iklan lain termasuk Innity.
Khai dah dapat banyak sangat dah cek Nuffnang ni tapi semua Khai tak ambil gambar. Buat apa nak tunjuk-tunjuk kat blog kan? Tapi untuk entri kali ni, buat pertama kalinya Khai snap gambar dan upload untuk tatapan umum supaya korang sendiri boleh consider, dengan usaha berterusan apa yang menanti korang di hadapan.
Oh ya, Khai juga dah tolak jemputan Nuffnang untuk join Project Alpha #2. Maaf ya para blogger sekalian yang nak sangat Khai join. Khai lebih senang dikenali sebagai underground blogger berbanding menempa populariti sampai orang kampung pun nak mintak sign otograph kejap lagi. Hahahaha! Tak kose i.
3. Advertlets
Advertlets ni adalah sebuah rival terkuat dari Nuffnang. Advertlets pada awalnya lebih berkuasa dari Nuffnang bukan seperti apa yang korang nampak dan nilai sekarang. Sehingga satu-persatu masalah yang datang merosakkan reputasi Advertlets sedia ada. Seingat Khai, bermula dengan domain yang expired sehingga menyusahkan ramai blogger yang blog tak dapat load kerana iklan Advertlets yang domain’nya dah expired tersebut telah redirect’kan setiap website ke sebuah web landing. Bermula dari situ, ramai blogger telah mengeluarkan iklan Advertlets dari blog dan berasa serik.
Kemudian diikuti dengan masalah pembayaran yang tidak berkesudahan. Tetapi sekarang Advertlets kembali memuncak apabila memberikan banyak advertorial kepada blogger-blogger bertuah serta melunaskan duit pembayaran blogger yang telah lama tertunggak. Untuk yang masih menggunakan Advertlets dan ingin request pembayaran iklan terdahulu, boleh hubungi mereka melalui email dengan cara baik dan berhemah.
Itu kalau korang masih pakai Advertlets lah. Kalau tidak, memang ianya tidak akan dilayan. Ialah kan, sokongan penuh diperlukan untuk siapa-siapa pun kembali bersaing seperti dulu dan ini berita baik untuk semua blogger menandakan dunia blogger di Malaysia ni semakin berkembang maju seiring dengan kelajuan internet Malaysia yang tak lama lagi dah pun 15mbps. Wohha!
Tiada screenshot untuk pendapatan dari Advertlets buat masa ni mahupun cek, sebab diorang selalu bankin je dalam akaun Khai. Apapun cuma nak cakap yang Advertlets memang bayar tak kiralah siapa pun. Bukan pilih bulu atau apa. Kena dengan cara ok lah. Pendapatan Khai dengan Advertlets ni ada lah dalam 6 ke 7 ribu.
4. Lain-lain
Buat masa ni, selain 3 yang kat atas ni bagi Khai nonsense, merapu dan ntah-apa-apa. Catcheye la, Gokita la or whatsoever yang entah wujud entah tidak lagi tak payah la korang buat masa nak join melainkan mereka menunjukkan prestasi yang baik dari segi pembayaran, kempen dan sebagainya. Kalau nak join juga, itu hak korang. Khai senyum je. Hehehe.
******************************
Ok segala-galanya tentang 3 syarikat pengiklanan di atas telah di ceritakan untuk bacaan pembaca blog ini. Itu tak termasuk kalau korang obses dengan pengiklanan secara terus dari reader tanpa pihak ketiga, advertorial atau sebagainya.
Tiada apa-apa dengan artikel ini dari segi personal’nya. Hanya berkongsi pengalaman buat sesiapa yang berminat sahaja moga buat korang semua yang tercari-cari kebenaran sejauh mana blog boleh buat duit, adalah something kat atas tu yang akan membakar semangat korang untuk lebih berusaha.
Dan ini mungkin kali pertama dan terakhir Khai ceritakan mengenai pengalaman sebagai Full Time Blogger walaupun di awal usia 21 Tahun. Kalau Khai boleh korang lagi la boleh. Korang buat sesuatu yang korang nak, dan korang terima ganjaran seadaanya. Tak perlu join affiliates, ebook or whatsoever tu. Bagi Khai, itu semua bullshet!
Biar kita ramai-ramai jadi Full Time Blogger. Woohhaaa!
0 comments:
Post a Comment