Saya merupakan seorang programmer dan telah ditugaskan untuk menukar beberapa fungsi dan customize beberapa perkara didalam sistem mengikut peredaran semasa. Programmer sebelum ini telah meninggalkan syarikat tanpa sebarang documentation apatah lagi manual sistem. Ianya mengambil masa yang lama untuk saya study serta dokumenkan sistem yang belum diubah ini, dengan itu saya dapat membuat perubahan keatas sistem yang sedia ada.
Saya akhirnya berjaya. Namun satu polimik persis drama sepanyol telah berlaku. Manager sebenarnya tidak yakin kemampuan saya untuk berjaya. Dan saya juga mendapat tahu, satu group programmer yang baik dengan saya ini rupa2nya baik dihadapan sahaja, kerana mereka sebenarnya tidak menyenangi kehadiran, bahkan mereka bnyk menyembunyikan dokumen-dokumen sistem lama untuk memberi saya ‘kepanasan’. Mereka bertubi-tubi memberi kesusahan kepada saya.
Saya akhirnya menyatakan kepada mereka, jika mereka tidak memberi kerjasama, saya terpaksa tentang mereka di pejabat HR dan biarkan mereka dipecat.
Apakan daya, saya masih tidak diterima kehadiran. Dan akhirnya, saya bersama company ini, dan mereka berangkat pergi.
0 comments:
Post a Comment