Menyerap Ilmu Yang Luas Ke Dalam Hati

9.6.13

Hilangkan Newsfeed Atau Berita Tanpa Unfriend di FACEBOOK

04:27 Posted by Shichibukai Encraptor No comments



Tahukah anda, jika anda bosan dengan newsfeed atau berita dari seseorang dalam facebook, anda boleh hilangkan berita seseorang di news feed anda.

Caranya mudah, pergi kat profile dia, click kat button friends (sebelah message) diatas header dia, then disable 'show in news feed'. Dengan ini status-status dari dia tidak akan timbul lagi di newsfeed kita tanpa kita perlu 'unfriend' dia.

Dengan berbuat demikin, tidak ada lagi newsfeed 'saya sakit gigi' (sambil gambar tayang gigi dia berlubang penuh ulat) atau status 'sedang menaip dalam jamban' dari rakan anda yang punyai masalah mental.

Cubalah...Anda pasti menyukainya hanya kerana hidup anda tidak lagi membosankan dengan terpaksa membaca status yang bukan-bukan dan ianya dilakukan tanpa perlu unfriend sahabat anda.

Kekalkan newsfeed-newsfeed dari status rakan-rakan anda yang berkualiti dan memberi info pada anda.

The truth may hurt for a little while but a lie hurts forever....

Windows 8.1 Disertakan Button START

04:26 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

Ada berita baik kepada mereka-mereka yang benci menggunakan Windows 8 kerana ketiadaan button START (baca: kehilangan), kerana Windows terbaru iaitu Windows 8.1 akan menampilkan button itu pada masa akan datang, sekaligus mengekalkan identiti button START yang mula diperkenalkan pada Windows 95.

Namun, jika tidak mahu menunggu ketibaan Win 8.1, anda boleh cuba google beberapa alternatif software button START yang direka khas untuk diinstallkan kedalam WINDOWS 8 ini bagi 'mewujudkan kembali' button START di Windows 8 tersebut . Software-software ini sebenarnya sudah banyak, hanya google sahaja dan install.

StartIsBack paling terdekat dengan interface button serta lebih real, namun berbayar.

Keyword untuk google: Classic Shell,Start8,
StartIsBack,IOBit StartMenu8,Pokki. Dan saya menggunakan Classic Shell, kerana ianya percuma.


Google Reader Ditutup, FeedDemon Pun Ikut. Alternatifnya Masih Ada

04:23 Posted by Shichibukai Encraptor No comments
Google telah umumkan 1 Julai nanti tarikh terakhir servis RSS feed reader yang dikenali sebagai Google Reader.

Saya salah seorang pengguna Google Reader, yang menyukai servis ini. Saya boleh subscribe banyak web melalui RSS, dan membacanya disatu tempat iaitu di Google Reader secara online - Cloud-Based News Readers.

Langkah terkebelakang dari Google ini mendapat perhatian ramai dan ramai menentang. Namun apakan daya, kuasa ditangan mereka.

Saya baru sahaja download link-link RSS dari Google Reader untuk diletakkan kedalam servis rss feed reader yang baru. Saya download data-data saya itu melalui Google Takeout. Data tersebut akan saya dumpkan kedalam pilihan alternatif RSS feed reader seperti:

1- Netvibes - http://www.netvibes.com/en
2- Newsblur - http://www.newsblur.com/
3- Feedly - http://www.feedly.com/
4- TheOldReader - http://theoldreader.com/

Jangan tanya saya yang mana lebih elok, kerana saya juga belum try keempat-empat alternatif ini.

Salah satu RSS Feed reader yang digemari di desktop adalah FeedDemon. Bahkan ada yang membayarnya kerana menggemari dan menyokong usaha FeedDemon ini, walaupun FeedDemon juga boleh didapati percuma. Namun, kegembiraan pengguna FeedDemon juga dikejutkan dengan berita bahawa servis FeedDemon juga dihentikan sebagai mengikut jejak langkah Google Reader. Developernya menyatakan:

****
This is a hard post for me to write.
I've used FeedDemon every day since I created it back in 2003 - it's part of my daily workflow, the first thing I turn to after pouring myself a cup of coffee in the morning.
I've thoroughly enjoyed working on it and I'm grateful for all of the people who paid for it over the years despite free alternatives.
But it's time for FeedDemon to die.

Baca lagi di: http://nick.typepad.com/blog/2013/03/the-end-of-feeddemon.html
****

Emm..dua-tiga kali berita sedih. Tapi itulah hakikat yang harus diterima. Kita perlu bergerak mencari alternatif yang ada. Mungkin RSS News Feeder ini tidak menguntungkan sehingga berlaku penutupan Google Reader & FeedDemon ini.

Cause the Sun always sets
The moon always falls
It feels like the end
Just pay no mind at all
Keep rollin'
Rollin'
Life must go on
It must go on.....

21.5.13

Yahoo! Mengambil-Alih Tumblr

04:28 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

Pelbagai spekulasi, akhirnya sah Tumblr kini sah dimiliki oleh Yahoo!. Yahoo! dilaporkan telah mendapat pengesahan ahli lembaga pengarah semalam & mereka telah pun mengumumkan mengenai pengambil-alihan tumblr ini hari ini.

Namun demikian, walaupun telah diambil-alih, Tumblr akan dikekalkan sebagai perkhidmatan berasingan, dan dengan mengekalkan sebegini ia akan memudahkan dan menjadikan proses perkembangan perkhidmatan mereka lebih pantas berbanding sebelum ini.

Kelebihan pembelian ini dari pihak Yahoo! adalah ianya membolehkan mereka mencapai kepada lebih ramai pengguna, disamping dapat intergratekan Tumblr di search engine mereka.

12.5.13

Prinsip Menukar Mudarat Menjadi Kelebihan

19:24 Posted by Shichibukai Encraptor No comments


Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 80 juta daripada bank untuk diri kita. Kerana duit itu nanti dikira sebagai sudah dirompak.".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

1.5.13

Berhati-hati Dengan PowerBank Telefon Tiruan

04:35 Posted by Shichibukai Encraptor No comments
Sejak akhir-akhir ini, bagi mereka pengguna tegar telefon bimbit biasanya akan memiliki atau bercita-cita untuk membeli 'powerbank' bagi memudahkan cas bateri telefon anda bagi tujuan mobiliti dan 'malas nak cari port untuk cucuk plug charger'.

Bermacam-macam powerbank dijual di pasaran, bahkan dengan kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan ada yang offer sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.

Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.

Jadi, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.

Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda.

Semua ini terpulang pada anda, bagi saya, sikit rugi tidak apa-apa, jangan rugi banyak-banyak dan hati pun rasa itu sakit juga.

20.9.12

Folder Management

18:26 Posted by Shichibukai Encraptor No comments

Struktur Folder Management yang digunakan adalah Data Kekal dan Data Sync. Data Sync diletakkan didalam folder Dropbox.

Folder Dropbox juga mengandungi folder-folder yang dibahagikan mengikut kategori.

Ini pula Folder Pic, yang dibahagikan dengan kategori personal, studio (untuk photography job), general untuk umum, serta folder Re-Upload untuk save dari web dan reupload balik ke media social yang lain. Folder Jabatan pula untuk Gambar-Gambar2 jabatan.